BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Friday, November 6, 2009

Senduduk Putih



Kita biasa mendengar senduduk putih. Tapi jarang melihat ia disekitar kita.
Mengapa?
Pokok ini sebenarnya banyak kegunaan dalam perubatan secara tradisional. Mungkin disebabkan sukar untuk mendapatkan pokok ini, jadi kita jarang didedahkan dengan pokok ini.

Saya juga sukar untuk mendapatkan pokok ini pada mulanya. Tapi setelah berhempas pulas mencari dan bertanya, Alhamdulillah ketemu jua akhirnya.

Apa baiknya pokok ini...?
Menurut pengamal perubatan yang saya ketemu...
ia berkhasiat untuk memulihkan penyakit penyakit dalaman dan luaran.
Penyakit kronik mungkin sukar untuk disembuhkan tapi insyaAllah, kita hanya berikhtiar dan ketentuan ditangan Ilahi.

Anda bolek klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Pencarian - 2

Penat... memang penat. Dari pagi sampai ko petang. Cari... pastu gali... cari ... pastu gali.. yang jupe paku, besi, kawat. Rupanya tempat ni dah ada pernah orang duduk agaknya.

Dari Kg. Langgar, kawe jelajah ikut tepi sungai, kot kot ada kawasan penempatan awal, tapi hampa... Kebanyakan kawe jupe paku, besi, kawat dan bendasing yang sewaktu dengannya. Masuk redah bertempur ngan nyamuk dan pacat buat kawe kadang kadang rasa malas nak redah. Tapi oleh kerana kawan punya pasal, kawe cekal kan hati ikut jugak... hee. heee. (Sebenarnya rasa ingin tahu lebih banyak menguasai kawe.)

Di Kg. Langgar, tiada hasil yang memberangsangkan, Kawe bertolak pula ko Tg. Selangor, Tiada hasil. Naik pula ko Pantai Lagenda/ Air Leleh. Di situ kawe dapati ada beberapa artifak pinggan mangkuk yang telah pecah. Tapi kawe tak tahulah bila punya tarikh. Yang pasti, Isye ni ralik dok mengorek tanah pada kawasan sekitar. Dia kata nak cari jugak. manalah tahu kot kot ada pinggan mangkuk yang belum pecah. Mana tahu.
Ustaz Zul sibuk dok cari guna MiniLab Digger. Si Jo pulak sibuk dok mencuci barang barang yang di jumpai. Kawe pulok sibuk juga. Sibuk dok ambil gambar. Bukti tuh...
Bercerita pasal ustaz Zul ni, Dia ni paling otai dalam bab bab mencari harta/artifak. Kelengkapan semua ada. Minilab Digger saja pun dah lebih RM10,000.00. Order kat Australia. Tu belum citer barang barang sampingan lain. Dia memang berminat dalam kerja kerja penggalian. Satu hari nanti mungkin jadi ahli arkeologi. heee. heee. ....gurau staz

Sehari kawe di Pekan, tak banyak artifak yang kawe jupe. barang tembikar je. tapi tak tahu la, ada kesan sejarah atau tidak. Kena bawa balik Kuantan dulu. Check kot kot ada sesapa yang tahu.

Wednesday, November 4, 2009

Esok....

Esok,
kawe dah janji ngan geng geng brahak. nak gi satu tempat di sekitar daerah Pekan juga.
Mencari satu artifak yang lama tertanam di dasar tanah. Entah jupe atau tak.
Inipun dari risikan maklumat yang boleh dipercayai.....
Jadi kawe takleh nak berbloging la gamaknya esok. sibuk...
Tunggu lah kot kot ada gambar baiiiiiik punyerrr.

...Sibuk nak gali tanah.....


p/s : doa doakanlah moga moga berhasil....

Qiamat

Bila masa dan saatnya tiba
Nafiri qiamat mengalunkan suara
Israfil mempamirkan kesetiaan
Tugas yang sukar tidak diabaikan

Masa itu juga
alam yang indah rosak binasa
hancur dan lebur menjadi debu
tanpa perasaan belas kasihan
kau ragut semuanya.....

Aneh!
segala berlaku sekelip mata
dan tidak lewat sesaat
tiba-tiba!
insani kebingungan
kehilangan arah dan tujuan
bagai anak ayam kehilangan ibu
oh.... malangnya

Duhai insani!
takutilah.......
gegarannya terlalu dahsyat
dan menggerunkan
anak yang disusukan
terlepas dari ribaan ibu
yang bakal menjadi ibu
keguguran kehampaan

Ketahuilah!
kuasaNya tiada tandingan
menelan rakus isi alam
bermandikan kemegahan
menyempurnakan janji janji
yang mekar di ranggi ingatan

Fahamilah !
azab Allah itu amat pedih
Jua menggerikan....

Nukilan : Yashaina 5A1
diterbitkan dalam Majalah Kelas LAS - 1990


p/s : sapa Yashaina nih.....

Tuesday, November 3, 2009

Majalah Kelas LAS


Inilah Majalah Kelas 5A1 - 1990
Lambaian Anak Sastera

L - Lima/Lambaian
A - A/Anak
S - Satu/Sastera

Idea ni kawe yang cipta. Maklumlah masa tu kena guna apa ayat yang berkenaan dengan kelas. Baru menjadi...

Maaflah, bajet ciput jerrr.
Guna warna hitam putih.
Pakat collect skit sorang nak buat tampung perbelanjaan fotostat majalah ni.


p/s : sapa sapa yang ada lagi majalah ni.... angkat tangan.

Notadidahi : sebenarnya kat atas huruf L tu, kawe nak lukis gambar tangan, tapi tak reti nak lukis, Bubuh je mende yang patut supaya nampak macam melambai skit. hee ... hee... hee...

Perjalanan Mencari Jadual ....


Dalam Trooper menuju ke Pekan. Driver - Isye. Co-driver - Jo


*********************************************************


Seperti yang kawe cerita semalam. Inilah rumah artis tersebut.


p/s : Kawe masih lagi menunggu berita tentang Jadual ..... tersebut. Samada boleh disiarkan atau tidak jadual tersebut. Kegunaannya hanya untuk mencari rezeki.
Wallahuaklam....kawe tak tahu. Tak cuba tak tahu. Dah cuba baru tahu.

Monday, November 2, 2009

1 Kilo

Petang tadi, Boss kawe buat satu ujian pada sorang bangla. Bangla ni pekerja di syarikat kawe. Lama dah kerja kawe ingat dia ada kat Malaysia dah lebih 4 tahun. Ada passport visa semuanya. Complete orang kata. Kalu nak gi mana tu, takde hail pasal dokumen lengkap.

Boss kawe : "Bai, itu besi 1 kilo, sama itu garnet 1 kilo, mana berat?."
Bangla : "apa pasal boss tanya itu macam"
Boss kawe : "Tarak, saja mau tanya, Aku tengok Bai angkat itu besi banyak berat"
Bangla : "Boss, saya hari hari juga ada makan, itu besi saya angkat, itu ganet pun saya angkat, apa pasal boss tanya itu macam".
Boss : " Aku tau la Bai ada makan, tapi itu besi sama garnet mana berat.

Bangla tu dah tok dok diam. Sana sini cari jawapan. Tapi yang pasti tak sampai 1 minit bangla tu dah hilang.

Boss kawe senyum. Puas hati..... dapat kena kan bangla tu.

Rasa rasanya mana satu berat. Bangla dah lari tak beri jawapan.
Sapa yang berat sekarang ni.... mau makan ko... mau angkat...

Jawapan ada pada mat bangla tu...

6A1-1992

Gambar pelajar 6A1 - 1992
Sek. Men. Mahmud Mahyiddin, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.


******************************************

Separuh pelajar lelaki. Lagi separuh tah pegi mana. Nyampah kawe. Asyik asyik hilang - asyik asyik hilang. Takleh dok diam. Dah tahu kawe nak ambil gambor. Dok diam je lah. Lari saje pok pok nih.


Duduk : Faisal & Nawi
Diri : Azlin, Mat Ju & Kawe
Tiada Dalam Ini Gambar : Sabri, Mat & Rithauddin

Mana agaknya pok pok nih sekarang.
Lama dah tak jupe. Wat khije mende dak tahu leni?... Kawe dengar ramai yang jadi cikgu dan cikgi. Bagus lerrrr mendidik anak bangsa.

Masa ni, tak lama cuma setahun je... tapi besaing macam dah lama kenal. Pasal kelas lain ramai yang kawe kenal masa sekolah rendah di Pasir Pekan tahun 1982 hingga 1984.

Sepupu sepapat kawe dok kelas sebelah sekali ngan awek cun. ehemm.. ehemm...(Itu semua kenangan lalu.)

Kawe sghupo dulu.

Dah sebulan kawe dok ber'blog'ing. Masih sedikit rasanya kawe dapat capai apa yang perlu kawe capai. Tapi takper.... Kawe akan cuba lagi berhubungan dengan mana mana gu kawe, untuk mencari kawan kawan lama.
Bukan apa, sekadar menjalinkan persahabatan yang telah lama menghilang bersama masa masa silam dan ingatan yang kabur.

Tidak ku pinta, lahir ke dunia,
tidak ku duga, cacat begini,
Bukan kupinta, kasih dan sayang,
Bukan ku rayu, bantu simpati...

Maafkan, wahai teman,
ku menumpang di sudut dunia,
mencari ketenangan,
Sampai waktu ku pergi jua........

Bait bait lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Revolver kalau tak silap kawe. Kalau silap beritahu kawe. Kawe perbetulkan smula.

Notadidahi :Kawe sghupo dulu, sama macam dulu.

Pencarian - 1

Sabtu - 31/10/2008

Kawe menjelajah daerah Pekan. Mencari sesuatu. Jadual ........

Benda ni kawe baru je dengar. Pastu rasa teringin nak melihat bentuknya. Kawe pun janjilah ngan geng geng brahak. Janji kul 4 petang tapi kul 5.60 tak sampai lagi. Kawe dah pening pala, pasal lama ngat nunggu nya. Kebetulan pada hari tu member kawe, Jo, ada jemputan, jadi lambat skit balik. Kawe ngan Isye layan VCD dulu sementara nunggu Jo.

Tepat tepat 5.61 minit Jo sampai. Dia minta maaf pasal lewat. Kawe ngan Isye takde hal punya, pasal cerita ni memang dia yang jadi palanya. Kalau takde dia, susah skit nak gi cari benda tu. Kul 5.65 kawe bertolak gi ke Pekan.

Melilau sambil makan angin, saja je pasal tempatnya dah tahu. Sambil gi cari, sambil mencuci mata. Sampai di satu mukim tuh, kawe masuk celah celah kampung dan terlihatlah sebuah rumah. Bapok cantik rumah tu. Segala material dia guna kayu. Cuma pagar guna batu. Sekali tengok macam rumah bangsawan zaman zaman dulu. Kawe rasa tertarik tengok rumah tu. Kawe pun ambil gambar. Sekeping je. Pasal hari dah pun nak gelap. Takleh lebih lebih takut oghe marah. Wartawan mana pulok mari petang gorib nih.

Selidik punya selidik dapatlah tahu, rupanya rumah tu kepunyaan seorang artis. Rasanya kome semua dah boleh agak artis mana. Kita tinggalkan cerita artis tu. Biar dia ngan cara hidup dia. Kita jangan kacau. Nanti kawe upload kan gambar umah tu nanti.

Lebih kurang kul 6.50 kawe sampai rumah yang nak dituju. Dapatlah jupe ngan pemilik jadual tu. Kawe, Isye dan Jo taklah terpegun melihat jadual tu. Pasal dah dengar cerita sedikit sebanyak. Cuma nak gi tengok macamana bentuk jadual tuh. Kawe tak dapat nak tunjuk benda tu pasal tidak dapat keizinan pemilik tersebut. Mungkin dilain kali kawe akan tunjuk.

Kawe nak gi pujuk rayu pemilik tersebut. Tungggggggguuuuuuuuu.

Setelah bercerita, mencerita dan bermacam macam cerita, Kawe lihat jam dah pun kul 7.30 malam. Maghrib dok lagi. Member, kawe buat dulu apa yang patut, lepas tu sambung smula sembang.

Dah dekat kul 8.00 malam kawe dan geng brahak tinggalkan rumah pemilik tersebut dan teruskan perjalanan untuk balik ke destinasi asal iaitu rumah kawe. heee. hee...
Barang yang hendak dilihat dah dapat, jadi tak perlulah nak difikirkan lagi. Dah sampai rumah kawe sembang lagi pasal bende bende lain pulak yang menjadi misteri untuk diterokai.

Bila pulok nak gi menjelajah gua. Kawe ada dengar pasal satu gua ni. Banyak batu bernilai di dalamnya. Tapi tak semudah itu untuk mencarinya.

Apapun kawe puas hati ngan perjalanan hari ini.Dapat lihat sendiri barang tu.



p/s : jangan terpedaya dengan sesuatu yang belum tentu hujung pangkalnya. Lihat dulu, fikir dulu sebelum mempercayainya.