BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Saturday, October 31, 2009

Suka - suka

Hidup ni kena suka - suka. Rezeki tak masuk kalu muko masam.
Muko manis rezeki masuk. Sedap oghe tengok. Oghe nak beri apa apa pun lapang rasa dada tengok muko manis.
Sapo sapo yang rasa muko tak manis ambil gula halus tampal kat muko. Jangan gula pasir, takut muka calar. Hilang kemanisan muko.
Kawe menaip masa muko manis. Muko masam kawe tak menaip.
Takut PC kawe "down". Bukan 'sindrom down' tapi.. "up & down".

Suka suka,
hidup keno suka suka
Tak suka tak ape. Kawe peduli apo.
Bukan demo yang beri kawe makan nasi.
Kawe suap sendiri.
Demo nak tolong, boleh pergi suka suka.
Kawe tak paksa.
Tolong tak boleh suka suka,
nanti boleh bawa celako.

Kenapa nak suka suka?
Hidup tak ceria, kalu tok suka.
Gelak tak bole suka suka, nanti oghe marah.
Cerita tak bole suka suka, nanti oghe benci.
Senyum tak bole suka suka, nanti oghe terpikat.
Tawa tak bole suka suka, nampak gigi rosak.
Hidu tak bole suka suka, takut kembang tekak.
Skodeng tak bole suka suka, buta biji mata.
Cium tak bole suka suka, nanti lebam muka.
Raba tak bole suka suka, nanti kena penerajang.
Sepak tak bole suka suka, kena molek patah kaki.

Pastu kena... suka jugak ke?
buat lawak kena suka,
tak buat lawak pun kena suka.
buat hensem kena suka,
buat comel pun kena suka.
Semua benda buat kena suka.
Hidup kena suka.

Suka - suka.

Kawe taip ni pun suka suka.
Ikut suka kawe lah apa yang kawe suka.
Peduli apo, ngan apo yang demo suka.
Kawe ikut suka kawe,
Demo ikut suka demo,
Semua orang boleh suka.
Takde sapo sapo yang terluko.

kawe nak gi suka suka.

Wednesday, October 28, 2009

Tengok je..lah.



Cuba teka saya ... laki ko pompuan? pompuan ko laki? haaa.haaa.haaa





emmmm..... sedapnya belimbing buluh nih.....









belimbing ni takde rasa masam ke?. macam sedap jer anak kecil ni makan...



p/s : kalau beri kawe tobat kawe tak makan belimbing tuh. bapok masam nya...tapi anak kecil ni selamba jerr makan. macam makan coklat pulah tuh.

Rentak Dan Irama

Hari ni kawe rajin skit. Bolehla nak taip karangan yang panjang. Ceritera berkenaan ngan pelajar 5A1-90 yang diilham rasa oleh G.P.R & Liza. Sesedap rasa jerrr dia buboh.
Sapa sapa yang terkena nasib lerrr... Ini kawe copy tul punye. Takde cilok cilok. Baik punye ayat....(nak baca ni kena bergurindam...)

Assalamualaikum sembah dan salam,
sirih puan kami sorongkan,
bersama kita berseloka bergurindam,
sebagai penghibur hati yang rawan.

5A1 medan pertemuan,
lokasinya indah emas tempawan,
26 srikandi, 11 pahlawan,
SPM 90' Gred 1 jadi impian.

Hero kami pula, gagah gagah belaka,
kemana sahaja sering bersama,
hendak ke toilet pun bawa tentera,
kata mereka sehati sejiwa.

Puteri 5A1 manis berseri,
sentiasa bersama ke sana ke mari,
walau dipisah lautan api,
namun kemesraaan tetap abadi.

Cakapnya bersahaja, jalannya tenang,
bila berbicara menusuk di hati,
kalau berjumpa tak puas memandang,
Itulah Puan Tuan Minah form teacher kami.

Rosdi monitor yang baik hati,
selalu dreaming dan busy sekali,
Assistant monitor gemuk ya robbi,
itulah Roslidah empunya diri.

Ketua Pelajar menjawat jawatan,
buah rambai jatuhpun, jadi rebutan,
bila zulhimi bercakap, macam bunyi senapang,
tak ada siapa yang boleh larang.

Cikgu Bahar mengajar biologi,
nota diberi macam labi labi,
bila ujikaji mikro-organisma, kami tak jadi,
bakteria sakit itulah alasan kami.

Ke sekolah kita menuntut ilmu,
ilmu agama tugu ilmiah,
orangnya baik tapi pemalu,
itulah dia si Normiranizah.

Shamsuri dan Azman berlainan kerenah,
seorang pendiam seorang peramah,
sentiasa tersenyum walaupun marah,
jangan senyum sorang sorang sudahlah.

Orangnya sabar lembut sekali
Nuraini Jane gelaran diterima,
Norazlita pula, atlit kami,
dialah jaguh, dialah juara.

Time sekolah selalu tak hadirkan diri,
Ridzuan dan Noraida empunya cerita,
Rahimah pula study tak henti henti,
wajahnya bersahaja tetap pendiriannya.

Berlesung pipit manis sekali
kaki study di kelas kami,
orang lain mengantuk, dia tetap study
agaknya Sudin dan Salmiah nie pakai jampi.

Tak pernah stop menayang gigi,
Anidatul dan Liza selalu happy,
Zulkhairi Ramli teruna sensitif sekali,
silap silap usik dapat penampar free.

Dalam asrama duduk bertentangan,
Rosnaidah dan Faridatul bersuara hikmat,
Huda dan Faridah pula selalu berangan,
sebab itulah muka dipenuhi jerawat.

Orangnya berjawatan berkain ungu,
Zurinah menjadi kesayangan guru,
tapi bagi kami taklah begitu,
dialah .... kami komen nombor satu.

Dulu monitor sekarang bersara,
namun tokoh ketua masih ketara,
yang lain ketawa dia senyum aja..
kalau nak tahu Azmi orangnya.

Fielah dan Fadilah tak suka buang masa,
SPM 90 jadi sasaran,
business kacang langkah pertama,
syabas! Rabitah moga mogamu berjaya.

Arshad suka bercerita beria-ia,
membuat teman teman semua percaya,
orangnya smart alamak bertuahnya,
Tapi ke oversea... itulah cita citanya.

Siti Hebat Fatimah juruhebah kita,
mengusik orang itulah hobinya,
Norliza pula rakan sebelahnya,
asyik berangan nak jadi tentera udara.

Buat kerja slow and steady,
Kairudin Latif empunya diri,
niat dihati nak ganti Mokhtar Dahari,
bila bola datang diapun cabut lari.

Penjuru belakang penuh misteri,
bercita cita menjadi mukminah sejati,
Nor Haiwa nie.. suka berdiam diri,
tapi... diam diam ubi berisi.

Dari jelapang padi berkelana ke mari,
Mohd Fadli memang agresif,
orangnya tinggi garang sekali,
walaupun serius tetapi baik hati.

Sha dan Iena dua sekawan,
kesana kemari selalu berteman,
Eh! apa pula yang direnungkan,
Ah! fikir nak bina kilang belacan.

Orang lembut beraksi manja,
Norizan Simbok suka membaca,
Morliyati Ismail suka bertanya,
pelajaran sastera paling disukai.

Kipas berpusing tak kira masa,
Roslina di bawah menjadi mangsa,
bila panas tu, syok juga,
member lain menjeling memendam rasa.

Seniwati Sarimah gelaran diberi,
bakat terpendam sukar dicari,
bila disoal, cepat cepat berdiri,
tapi jawapannya... belum tentu lagi.

Beginilah kisah putera dan puteri,
masing masing berlagak sendiri,
diluar sahaja nampak begini,
tapi semuanya takut mati.

Villa 5A1 penuh misteri,
banyak tragedi menyayat hati,
tetap dikenang memory ini,
walaupun menambah luka di hati.

Terguris tangan nampak berdarah,
Terluka di hati pendamkan saja,
We buat ni.. you all jangan marah,
inilah satu satunya kenangan kita.

Bertegur, bergurau dan study tiap hari,
selama lima tahun kita bersahabat,
kalau ada jodoh kita bertemu lagi,
kalau tidak ada apa nak buat.

Tamatlah sudah rentak dan irama kami,
agar menjadi kenangan abadi,
salah dan silap harap dimaafi,
moga semuanya diberkati Ilahi,
SPM 90' kejayaan pasti diperolehi,
ketemu lagi dilain kali.......

diterbitkan dalam Majalah Kelas LAS - 1990

pohpaleh.... letih tangan kawe nak taip menate nih. Bapok panjang.

Conan - The Printer

Semalam kawe bual ngan bini kawe pasal gambar gambar lama yang diambil masa kawe bulan madu. Kebanyakkan gambar tuh kawe tak developed lagi. Semuanya kawe simpan dalam PC kawe.
Bini kawe tanya " Bila nak print gambar tuh. Boleh boh dalam album".
Kawe jawab " Tunggu, nanti abang print ahhhhh..."
Bini kawe tanya lagi " tunggu tunggu, sampai bila?"
Dia memang tahu kawe ada printer Canon Pixma tapi header rosak, jadi takleh guna( part ni dia tak tahu pasal kawe lama tak print)
Kawe jawab lagi " Printer takleh guna, ada problem skit."
Bini kawe beri kata putus " tuh.... conan ada!!!"
Kawe termenung.... bila masa pulak Conan mari rumah kawe. Setau kawe pukul 7.30 petang baru dia mari. Pastu apa kena mengena ngan Conan
Lepas tu kawe gelak bagai nak pecah rumah.
Conan... tu Canon bini kawe salah sebut nahu dia sebab nak cepat.
Bini kawe angkat punggung terus pergi tido. Kawe nampak masa dia bangun pun muka dah nak senyum. Kawe rasa dia pergi bantai gelak dalam bilik kot. Malu ko kawe.....

Tuesday, October 27, 2009

Bukan kawe...... Orang lain kot

Semalam sedang kawe asyik membelek belek majalah kelas LAS. (Takde mende nak buat kat rumah). Terpandanglah satu luahan rasa dari seorang penulis. perempuan. Rasa rasanya luahan tu ditujukan khas buat kawe (perasaan je kot..) Tapi penulisnya tidak menyatakan secara jelas (samar-samar, takut orang tahu)siapakah yang dimaksudkan. Luahan itu banyak menyentuh dan terkena pada batang hidung kawe. Pening kawe dok mikir..... pastu kawe tido.... z...zzz...zzzzz...zzzzzzz...

*****************************

Hari ni dok terpikir balik. Yelah..... sapa lagi kalau bukan aku. Tak tahulah kalau ada lagi orang lain yang ngaku bahawa dia lah yang dimaksudkan. Kalau gitu selamatlah kawe.. takdelah rasa bersalah sangat. heee... heeee.... heee.

Tapi luahan rasa tu cukup menyentuh jiwa.. Kalau diflash back kan semula..... rasanya ada yang menitik airmata....

Luahan rasa tersebut nanti kawe akan siarkan. Tuunggguuuuuuuuuuu.....

p/s : Kawe menitik air hidung pasal demam dah nak start nih....

Monday, October 26, 2009

Perubahan








Mengapa,
dahulu bunga-bunga harum
diambil dan dicium
dan digengam ia sekemas-kemasnya
agar semerbak keharumannya
menyapa seluruh kehidupan
lalu menjadi pandangan mata yang buta


Kini,
apabila terlanjur langkah
yang bisa merubah jua menelan segalanya
yang harum menjadi hapak dan hangit
yang ingat menjadi lupa
kehidupan semakin curiga
pada alam ia menari
lalu menjadi jelingan mata yang celik

Kemanakah esok,
ke atas pengsan ke bawah mati
atau hapak dibalik harum
datang tahi dibalik bunga
ludahan si buta menyedar
ke bawah maka rosaklah bunga
yang telah ditanam sejak berzaman
oleh aulia' dan para nabi
sanggupkah nanti
bila si celik muntah terhidu
adakah kita lari kerana loya
atau termuntahkan dosa dosa

Ah!
Serba salah juga hidup ini.........

Pergolakan hidupku : Khairi - Form 5A1 90'

Kalau tak silap ini hasil karya Zulkhairi Ramli. Berita terakhir kawe dengar beliau belajar jurusan kaunseling di Sarawak. UMS. Tu lama dululah. Beberapa tahun lepas
Dah lama tidak berhubung. Kalau ada cerita terbaru nanti kawe update kan dalam blog ini. hee... hee... hee ....

Friday, October 23, 2009

Berakhirnya Sebuah Kebahagiaan


Pupukan angin senja datang lagi menyapa kesepian di kamarku. Kedatangan yang tidak diundang lalu mengajak aku mengingati kenangan semalam yang termetri indahnya. Masih terasa lagi hembusan bayu laut ke mukaku ketika aku bersama-sama abang di tepi pantai. Abang... orang kedua dalam hidupku. Kehadirannya disisiku bagaikan pelita yang menerangi malam.
"Adik, besar nanti nak jadi apa?" tanya abang ketika kami sama-sama dipantai yang permai itu. Aku hanya mendiamkan diri. Aku menoleh ke arah abang. Aku melihat abang merenung jauh ke tengah laut. Aku membiarkan abang melayani perasaannya. "Emmm. Ida nak jadi polis, nanti boleh tangkap abang". jawabku sambil mencuit lengan abang. "Aduh" jerit abang. Aku menolak abang ke pasir. Abang jatuh tetapi dia bingkas bangun lalu mengejar aku. Aku berlari-lari anak meninggalkan abang. Kami ketawa keriangan dengan disaksikan oleh camar dan perahu-perahu nelayan. Kegembiraan dan kemesraan tidak berakhir di pantai itu saja tetapi berpanjangan kerana kami berdua yang menjadi permata ibu. Mengapa tidaknya, kamilah jua yang dilahirkan untuk menyambung keturunan ayah.
Walau hidup dalam kemiskinan tetapi ayah masih mampu membahagiakan kami. Hasil titik peluh ayah sebagai nelayan telah membolehkan kami mengenal a,b,c. Kebahagiaan lebih terbayang lagi apabila abang lulus cemerlang dalam peperiksaan SPMnya. Bahkan sinar kebahagiaan kami makin menyerlah bila abang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti. Oh! gembiranya hati ibu dan ayah ketika itu, tetapi tidak pula aku. Tiga hari sebelum itu, aku melihat perubahan pada diri abang ketika itu. Aku tertanya-tanya. Ibu mengadakan sedikit kenduri kesyukuran. Aku .... aku tidak senang dengan perubahan abang yang hanya senyum sumbang ketika ayah kegembiraan menceritakan impiannya yang telah menjadi kenyataan.
Abang tidak seriang dahulu, bahkan sebulan sebelum pemergiannya ke Kuala Lumpur dia sering pulang lewat. Aku bertanyakan ayah, tetapi ayah menyatakan abang pergi jumpa kawan-kawannya. Aku tidak gembira dengan jawapan itu. malah menafikannya. "Abang, kenapa abang berlainan sekali. Muka abang pucat dan sering pulang lewat". soalku pada suatu hari. Abang membisu seribu kata. Kelakuan abang amat melukakan hatiku. Keadaannya berlarutan sehinggalah hari yang dinantikannya. Kami mengiringi pemergian abang dengan tangisan berbaur harapan.
Hari demi hari berlalu, surat abanglah yang sentiasa kunantikan. Aku bangga dengan abang. Walaupun dibebani dengan kerja-kerja kuliah tetapi masih ada masa untuk mencoretkan warkah buat kami. Sedikit demi sedikit keraguan dan kesangsian aku terkikis terhadap abang. Malah aku menjadikan kejayaan abang sebagai pedoman ketika menghadapi pelajaran. Bila kesunyian mencengkam, aku kembali ke pantai yang menjadi saksi kasih aku kepada abang. Ibu dan ayah juga seperti aku. Setiap kali menunaikan solat, mereka tidak lupa mendoakan kejayaan untuk abang. Kerinduan kami terubat juga apabila abang pulang menjengah kami sekali-sekala pada hujung minggu.
Tapi kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Kegembiraan kami berakhir dengan sepucuk telegram. Gementar sekali tanganku ketika membacanya. "Abang....! mak, abang kemalangan," aku memberitahu ibu. Aku mententeramkan ibu yang menangis dengan kata-kata manis sedangkan aku sendiri sebak. Ayah bagai tidak percaya dengan berita itu. Mujurlah kesabaran masih menebal di dada kami. Dalam perjalanan menziarahi abang, kami membisu seribu kata. Segala kemesraan abang terus menerus bermain di kotak fikiranku. Abang ditempatkan di wad kecemasan. "Mengapa abang jadi begini?" ratap hatiku sebaik sahaja melihat abang. Hatiku pilu bagai dihiris sembilu.
Abang begitu lemah sekali. Namun dia masih mampu melemparkan sekuntum senyuman. Dengan tersekat-sekat abang meminta maaf dari ibu dan ayah, serta meminta aku mendekatinya. Aku menerpa den membaringkana kepala di dada abang dengan kepiluan yang teramat sangat. Aku terkejut. :Ida, abangmu sudah pergi" bisik ayah sambil mengesat airmatanya. "Abang....." aku meraung sekuat hati sambil memeluk tubuh abang yang tidak betnyawa lagi. "Abang... jangan tinggalkan Ida, bawalah Ida bersama," aku meratapi kematian abang. Berakhirlah sudah sinar kebahagiaan hidup kami. Jenazah abang selamat dikebumikan.
Kini tinggallah aku diuliti kenangan bersama abang. Dari ayah aku mendapat tahu punca kematian abang disebabkan oleh dadah. Benda jahanam itulah yang paling abang benci, tetapi bagaiman abang terlibat? DADAH!! keranamu aku kehilangan orang yang ku sayang. Sampai hati kau merampas abangku. Pantai semakin jauh, senyuman abang semakin tawar dan abang telah pergi, pergi yang tidak kembali lagi.
Dan aku berjanji akan menyambung impian ayah.
Setitik air hujan tempias ke muka ku lantas menyedarkan. Aku merasa pipiku basah. Buku-buku dan nota kemas tersusun di katilku. Aku bersendirian. Diluar hujan turun dengan lebatnya.

Karya : F. Hanam - 5A1
diterbitkan dalam Majalah Kelas LAS - 1990

p/s : kawe nak cepat nih. nak gi jumaat lak. Lain kali lah kawe cerita pasal pengarang nih. Tak dan dah nih.

Thursday, October 22, 2009

Wednesday, October 21, 2009

Jejak Sahabat


Rock..urrrrr

Duan, dimana kau ........ bla.. blu.. bra.. hee.. haa.. hii..(jampi skit, biar dia muncul) manalah tahu kot kot dia muncul.

Member nih, memang pemalu skit. Malu malu kucing. Dah lama tak jupe dia. mana dia menetap leni. Kali terakhir dengar ada kat Johor. Kali terakhir jupe kalau tak silap tahun 1999. Masa tu member ni baru balik Bosnia. Harap satu hari nanti dapat jupe ngan dia.

p/s : Kalau ada kawan kawan yang tau, beritahu kawe.

Notadidahi : Lama tak bersembang. Nak tahu juga perkembangan terkini

Istimewa Untuk Pelajar 5A1

Kali ni kita kenang balik sejarah lampau. Macam cikgu la pulak..









Berusahalah dari hari ini
untuk menanti hari esok
tanpa usahamu dari hari ini
tiada esok bagimu....

Ketahuilah......
langit tidak selalu cerah
terkadang terjadi jua
ranjau ranjau sepanjang jalan
dari itu

Berusahalah..... kerana
esok masih ada
untuk menentukan
esok untuk siapa

Nukilan : Azlita 91PDSB
diterbitkan dalam Majalah Kelas LAS - 1990


Notadidahi : Baca sajak ni teringat ko Datuk Jin Samsuddin