BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Friday, June 25, 2010

1988


Beginilah....... budak lelaki...
Dari belakang kiri: Hasren Seman, Azmi, Rosdi, Zakirul Nizam, Elmaynoor, Ahmad Norshamsuri dan Ridzuan.
Depan Kiri : Kamarul arifin, Mohd zaki, Khairul Anuar dan Marzuki.


Ni pulak .... masa nak ambil SRP. Kononnya buat kelas tambahan... main je lebih...
Tengok tu, elmmaynoor, kalau tak kacau orang, memang tak senang idup dia. Macam yang kawe cerita sebelum ni, (klik, kalau x baca lagi). memang kawe ngan dia ngam bab bab mengacau orang. Tapi dah lama kawe tak jupe dia. Last sekali tahun 1998 kalau tak silap kawe. Masa tu dia tolong mak dia berniaga kat benteng kuantan. Tak tahu dia apa kahabar sekarang.

Yang pakai baju hijau, Hasren, tahun 1998 adalah tahun akhir dia bersekolah di SMDMM. Lepas tu pindah ke Melaka. Hasren ni bab bab melukis memang kawe tabik. Tapi sayang kawe cuma kenal dia selama 3 tahun je. Ada mana kawe pun tak tahu le ni...

Riduan pulak, kali terakhir kawe dengar dia Kem Askar, Johor. dan yang lain lain tu masih berada di Pekan. Asal Sirih Pulang Ke Gagang... hehehehehhe

p/s : gelak gelak juga.... jgn lupa hubungi kawe kalu jupe budak budak nih.

Wednesday, June 16, 2010

Hani Azura

Kawe kenal ko dia????
Rasanyalah kawe kenal, cuma takut dia tak kenal kawe.

Kawe pun ingat ingat lupa. Rasanya pernah belajar sekali ngan kawe...
Tapi dimana yea...

SMDMM atau SMA

Lama sangat.... 20 tahun tu...

mana nak ingat....

Lagipun dah tua tua ni memory kurang skit. Dulu pakai 20G
Leni 4G jerrr.....

Tu yang jadi ingat ingat lupa......

p/s: tolong ingat ingat kan kawe...

Reunion Lagi

Ha molek lah tu. Tadi mukabuku kawe dihujani dengan pertanyaan bila nak buat. Kawe boleh bila bila masa saja. Cuma kawe tak sempat lagi nak kumpul orang. Nak cari kesemua sekali bukan sesuatu mustahil... tapi mustahil kawe dapat kumpul kesemuanya.... hahahahha

Jadi eloklah kiranya kita sama sama mencari dan saling berhubung dan kalau ada mesej terus je ke mukabuku kawe.

Salam dari blog.....

p/s : Huda Rahman baru maklumkan bahawa dia bersetuju bebenor dan lagi satu dia kabo... bekas pelajar Sek. Men. Ahmad pun nak buat reunion. Katanya lah... Kalau nak tahu lebih lanjut hubungi mukabuku Hani Azura. Kawe baru je add (xde respon lagi).

REUNION

Pebende makna perkataan ini. Cam biasa dengar jer.

Baru baru ni ada la sorang sahabat lama cadangkan supaya diadakan reunion untuk pelajar pelajar SMDMM 90'. Koi bukannya tak bekenan nak buat. Tapi masalahnya nak cari member member lama. Tu yang jadi masalahnya. Kalau ikutkan dah lama kawe ingin buat, tapi member member ni macam biskut. sekejap ada, sekejap takde. Tu yang kawe malasnya. Dan kemalasan itu menjadi masalah lah pulak. hehehhehe

Pada sapa sapa yang ada kontek tolonglah hubungi kawe di mukabuku kawe. Marilah seramainya kita menjayakan 1 Malaysia. 1 Reunion. hahahahahah

Bagus juga kalau kita boleh adakan reunion. Banyak manfaat yang kita dapat.

Kawe nak citer panjang lebar pun tak guna. Wat letih kawe menaip jer.
Kairudin, Rosdi, Azmi, Nuraida, Rabitah, Anidatul, Samsudin, Siti Mariam, Nuliza,NorRoslina Jamilah pun dah setuju.

Yang lain lain camner....

Monday, June 14, 2010

Buat Sahabatku....

Atas permintaan sahabat....
Aku gagahkan jua untuk menaip semula karya yang tersiar dalam Majalah LAS.
Walaupun pada dasarnya, masa sangat bedengki dengan aku.
Untuk tidak menghampakan aku taip juga karya tersebut.

*********************************************************

Bagaimana untuk aku memulakan bicara ini, aku pun tidak tahu. Oleh kerana aku rasa sewajarnya aku menyatakan sesuatu maka terciptalah bait bait yang aku ungkapkan di atas kertas usang ini.

Z, aku pun tidak menyangka bahawa aku dilahirkan ke dunia ini, telah ditakdirkan untuk bertemu dengan dirimu sebagai sahabatku. Malah aku menyayangi dirimu sebagai sahabat lebih daripada sahabat sahabat yang lain.

Segala-galanya bermula sewaktu aku menjejakkan kaki ku ke tingkatan lima dan secara kebetulan kita ditentukan belajar di kelas yang sama. Bermula dari itulah aku mengenali dirimu secara "detail"nya. Kemesraan sebagai sahabat amat cepat wujud dalam diri kita. Kau begitu pandai menyesuaikan diri, pandai menjaga hatiku dan pandai memujuk bila aku merajuk oleh sikapmu, yang kadang kadang lucu dan kadang kadang menyakitkan hatiku.

Z, mengapa kemesraan yang kita wujudkan sebagai sahabt itu tidak lama. Mungkin disebabkan kesilapan yang kecil, kita menjadi terlalu renggang dan ketahuilah oleh dirimu betapa banyak aku telah menitiskan airmata kerana dirimu. Apakah ini ertinya persahabatan yang suci dan murni?

Selepas perhubungan kita renggang kerana insiden kecil itu, kau tidak mempedulikan aku lagi. Aku pula menyesal dengan segala yang terjadi antara kita tetapi apa boleh buat, "nasi sudah menjadi bubur". Sesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna. Aku cuba kembali untuk merapatkan jurang yang telah wujud antara kau dan aku, tetapi malangnya sikap kau terlalu dingin, sedingin salju. Aku pasrah. Selepas itu aku bernekad aku tidak akan mengambil tahu lagi tentang dirimu. Biarlah kau dengan jalan yang kau pilih dan aku dengan cara hidup aku sendiri.

Z, walaupun aku membenci dirimu sejak itu, tetapi airmata aku tidak dapat bertahan lagi apabila mengetahui kau akan dibuang asrama dan juga mungkin dibuang sekolah kerana kes yang kau lakukan terlalu berat, mengikut undang undang sekolah. Sebagai sahabat aku tetap mendoakan semoga segala berita yang aku terima itu tidak benar.

Syukurlah dari cerita yang aku dengar kau akan terus menetap di sini dan terus memegang jawatan kau sekarang. Aku begitu gembira kerana kau juga akan terus belajar di sini dengan syaratnya kau tidak akan melakukan perkara yang sama di masa yang akan datang.

Z, sebagai sahabat aku akan terus mendoakan semoga kau berjaya menghadapi peperiksaan SPM yang akan menentukan masa depanmu. Semoga kita akan sama sama menjejakkan kaki ke menara gading. Insyaallah...

Z, saat perpisahan semakin menghampiri. Bertemu dan berpisah adalah adat dunia ini. Kemaafan aku pohonkan seandainya coretan bait bait di atas, bisa menyentuh perasaanmu. Kita semua insan biasa tidak dapat lari daripada membuat kesilapan. Aku mohon mengundur diri dan semoga kau akan terus bahagia bersama 'si dia'.

Nukilan : Perindu, Noor - NZ

********************************************************
konpius kawe.....
Dalam kelas tu ramai juga budak lelaki nama yang mula dengan huruf Z.
Contohnya....
Zukairuddin, Zisamsuddin, Zeridzuan, Zulhimi, Zufadhli, Zarshad, Zorosdi, Ziazmi, Zazman, Zusamsuri, Zulkhairi dan ada sorang lagi yang sempat belajar sekejap jer.... Zenedine Zidane
Yang mana satu sipenulis ni maksudkan....
musykil...... musykil......

Susahnya Cari Makan...

Tergerak pulak pagi ni sementara menunggu piala dunia pukul 2.30 pagi nanti.

Kawe nak cerita pasal pekerja pekerja Nepal yang ada kat Malaysia ni.
Khususnya yang ada kat Kuantan.
yelah mungkin dah ditakdirkan kawe kerja sekali ngan Nepal ni.
adala dalam dua tiga orang ni yang dah lama bekerja disini. siap boleh speaking melayu lagi.

Kawe bukannya nak menyibuk.. sekadar kalau boring tu, kawe ajak juga nepal ni bersembang.
Berceritalah depa ni... susahnya nak mari Malaysia. Mohon saja dekat 4, 5, 6 bulan.
dapatnya belum tentu. Ada yang kahwin dulu ingatkan tak dapat datang dah kat Malaysia. alih alih bini dah perut buncit dapat jawapan. Begitulah yang terjadi pada budak yang kerja skali ngan kawe..

Itu belum lagi cerita cari duit nak mari ke sini.
Pada waktu tu, dua tiga tahun lepas, kos diaorang nak mari ke sini lebih 1 ratus ribu.
100,000 Nepal rupee... bukan RM
Bersamaan RM 6,500.00

Kalau kita fikir, larat ke kita nak membayar balik duit tu yang dipinjam.
Mungkin ramai yang berkata .... boleh... bukannya banyak pun.... RM6,500 jerrrrr.
Kalau boleh... berapa lama masa dapat kita bayar....

Bayangkan....
Gaji habis kuat pun RM1,200.00
Kerja 11 jam. Rehat 1 jam

Tangggungan :
Levi = RM 200.00
Hantar Kampung = RM800.00

Perbelanjaan harian diaorang RM 200 sebulan.

Percaya tak kalau kawe cakap nepal ni dah kerja lebih dua tahun.
Dia cuma baru boleh bayar... RM2000.00 Ada lagi baki RM4,500.00

Dulu masa dia mari kat Malaysia, badan tegap macam komando.
Leni jentik pun boleh rebah.
Susahnya nak cari duit.

Kawe rasa bersyukur, sebab kawe tak perlu mencari duit di negara asing untuk menyara hidup keluarga di Malaysia.
Tapi kawe rasa terasing bila ramai rakyat kita masih lagi malas untuk berkerja sehingga memaksa pekerja asing silih berganti datang untuk bekerja.

Malas ataupun malu ataupun memilih kerja.
Kawe tak tahu... masing masing ada alasan tersendiri.

Tepuk dada tanya hati.

Wednesday, June 2, 2010

Sebaik baik akal ialah mengenal diri sendiri
Sebaik baik ilmu ialah melaksanakan ilmu yang dimiliki
Sebaik baik maruah ialah menjaga air mukanya
Sebaik baik harta ialah harta yang ditunaikan hak hak harta yang sebenar......

MANUSIA

Terdengar detik suara halus
mengalun suara yang kurang enak
menggerakkan bibir tanpa berfikir

Masih ku perhatikan gelagat manusia
melemparkan kata nista
tanpa bukti yang nyata

Menghemburkan keringat
dipinggir kota
menampirkan hujjah
di tepian desa
bersama gelak ketawa
tanpa mengenal masa........

hasil nukilan : Rabitah Abdullah

p/s : dulu dulu kawe berehi makan kacang salut bit...
sambil makan sambil ngacau budak kelas.....

Tuesday, June 1, 2010

SEMUSIM YANG BERLALU

Penghujung waktu begini
kita menjadi semakin resah
mencari sesuatu yang tak ketemuan
gelisah yang seriang bertemu
si senja yang semakin tua
kadangkala mencabar kedewasaan
kadangkala menguji kesabaran

Siang bagaikan semakin panjang
mengurangkan tidur yang semakin terganggu
bagaikan ada suara yang memanggil
melewati batas batas usia
meninggalkan bekas bekas mimpi
kosong dan mengasyikkan
ngeri dan menakutkan

Demikianlah kita membiarkan
musim musim yang berlalu
datang dan pergi bersama kedewasaan
meninggalkan sisa sisa kehidupan
bersama resah yang tetap gelisah
yang sering datang bertamu
di senja yang semakin tua.......

hasil nukilan : W. Zainora

p/s : jobot dan komot acu beritahu sapa dia w. Zainora nih...