BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Thursday, December 23, 2010

Harapkan Pagar...

Jalan baru siap, tapi....sedih nak citer.



pada waktu ni, hujan turun mencurah. koi snap mana yg sempat. kebetulan hari ni koi bawa kamera.


Memang dah lama dok bebulu rasa kat hati ni. Brader mana la yang baik hati tolong bukak besi penahan nih.


Mungkin takde benda yang berlaku pada famili dia kot. sebab tu dia rasa okay bukak benda nih. bukannya sedara dia pun yang lalu kot jalan nih.

p/s : koi maleh nak cakap banyak... pedih hati

Lagi Kawan Lama

Sementelah aku dok berFB pagi ni, tiba tiba muncul lagi sorang nak add kat dlm fb koi.
check punya check rupanya Faridatulhanam anak pakcik Ishak. Kalau tak silap aku la dia, dok kat Penor dulu waktu sekolah.
Sekarang ni kerja kat KDN. Kalu sape sape nak tengok muvi free bolehla jupe dia. Itupun kalau dia nak kasi laaaa... hahaha.
Ataupun nak buat muvi buleh jugak jupe dia. Tapi sblm tu kena tapis dulu. Takut ada adegan meluat cam cerita baru baru ni yang kutipan tak seberapa tapi gah satu dunia.. hak hak hak hak (oooopssss sorry)

Wednesday, December 22, 2010

Aminah Osman

Aku tertanya tanya gak sapa la dalam fb aku ni nama Sya Mie...rupanya Aminah Osman... hik hik hik..
jauh lari dari nama asal. Pastu saiz pun lari gak... hahahah cam aku.

Tapi kira ok la. kiranya  dapat la bertaut kembali rakan rakan masa sekolah dulu. Apapun sesekali bercerita terselit kenangan lalu. Sekurang kurangnya dapat gak mengingati rakan rakan lain yang tiada dalam fb.

Beliau sekarang ni ada kat Kuantan. Dok gi mana pun. Katanya buat bisnes tapi takde plak beritahu buat bisnes apa. Malu kot bisnes besar. Nanti kabo nak bangga diri plak. heheheheh (gurau je tu)

Anyway thanks for being my friends.. cheeeewah skiping plak.
Andainya hari hari mendatang adalah terlalu sukar untuk ditempuhi, janganlah terus berputus asa, kerana..... tidak semestinya hari hari yang mendatang itu adalah perosak masa hadapan. Mungkin ada rahmat atau pengajaran yang tersembunyi di sebaliknya.....

Sunday, December 19, 2010

Hamili

22 tahun....

lama rasanya.... kalau ada anak, dah nak kahwin pun.
Dan selama itulah aku tak jumpa membe aku sorang nih.. hilang tak dapat kesan.
Manalah aku tahu rupa rupanya selama ini, aku cuma berjiran daerah je...Jengka/Jerantut.

Lokasi : Jengka 13

tepi jalan besar je....

IBJ Motor

Tapi sebelum sampai ke sini.... kalau dari Jerantut atau Temerloh tengok signboard ni dulu. Mana la tahu kot kot sesat.





Macamana aku kenal dia dulu... macam tu lah dia sekarang.
Dah jadi tokey... Alhamdulillah.