BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Monday, December 5, 2011

KEJE LAME..

Betul ko????

Rasanya ramai yang tak tahu yang aku dah kembali (klik) kerja tempat lama..
Begitulah perjalanan hidup...

Setelah hampir dua tahun...
Kini aku kembali mencari kehidupan yg sebenar...

Pahit getir perjalanan kehidupan
terpaksa aku redah...

Kekadang hidup tidak seperti yang kita idamkan..

Friday, November 11, 2011

Pada waktu itu....

Pada waktu itu....

Waktu yang telah lama menjarah kehidupan...
telah lama membengkam dalam krisis kehidupan.

menjelma memuntahkan riak riak
kehidupan naif
menjelma memohon kemaafan suci...
menjelma menjulang keunggulan...
menjelma mencari jalan penyelesaian..

Apakah aku sudah tersasar dari lurah kehidupan
Apakah aku sudah terperosok dalam nafsu duniawi..
Apakah aku...
jauh terpesong..

Pada waktu ini...
Hanya  kesedaran dapat mengubah segalanya...





Thursday, May 5, 2011

Luahan Rasa

Luahan rasa yang benar benar menyentuh rasa.... mungkin koi terlalu emosi semasa membaca luahan ini ataupun terlalu menghayati bait bait penyesalan dalam diri penulis ini.... sama sama lah kita baca dan menghayati luahan ini...
bersempena Hari Ibu yang bakal menjelma...

Ma...seingat aku dari kecil lagi, kita tidak pernah merasa hidup senang. Ada saja masalah dalam keluarga kita. Mungkin takdir ingin menguji sejauh mana kesabaran yang sanggup kita tempuh. Kita pernah makan nasi berlaukkan budu dan berulamkan kangkung yang dikutip dibawah pelantar rumah. Kita pernah berjalan kaki sejauh berbatu batu untuk mencari rezeki. Namun... kita tidak pernah meminta minta pada sesiapa dan meraih simpati pada seseorang. Mungkin kesabaran dan keikhlasan itu telah menjadi dorongan yang kuat pada aku untuk menjadi lebih berjaya....

Aku masih ingat lagi kedaifan kita pada masa itu... kerana setiap kesusahan yang kita lalui kau sering ceritakan padaku dan kadang kadang kita melaluinya bersama. Mungkin pada masa itu, anak anakmu yang lain  masih lagi belum mengerti apa apa tentang hidup. Sememangya aku dari kecil lagi telah didedahkan dengan kesusahan hidup. Aku bangga denganmu.... kau tidak pernah tunjukkan kesusahan dan keperitan hidup kita pada orang luar. Bagi orang lain mereka rasakan bahawa kita hidup senang dan bahagia. Hakikatnya hanya Allah yang mengetahui. Biarpun dirimu terpaksa makan nasi dengan garam bagi membahagiakan hidup anak anakmu yang tak pernah mengenal erti keperitan hidup. Gelak tangis anakmu adalah makanan harian dirimu.

Ma....
Selagi aku hidup tak akan kubiarkan itu berlaku lagi. Cukuplah aku merasainya dan tidak pada anakmu yang lain.

Ma, sekarang aku terpaksa hidup sendiri. Belajar hidup berdikari, kerana suatu hari nanti aku juga mungkin akan berkeluarga. Namun kau tidak sekali kali aku abaikan.

Kaulah ratu hidupku. Tanpamu tiadalah aku didunia ini. Ramai kenalanku tidak mengetahui pahit derita hidupku.  Keperitan itu tidak pernah aku kongsikan dengan sesiapa. Aku tetap berpegang pada kata katamu "biarlah kita menderita tanpa orang lain menyedari penderitaan kita". Tapi kadang kadang aku terpaksa juga melayani rasa perit itu hingga aku sering bermurung dan bermasam muka. Oleh kerana keperitan itu,  aku juga ada ketikanya menjadi seorang yang pendiam. Hinggakan ada yang menyedari perubahan itu. Tetapi aku cepat bertindak agar keperitan itu tidak terbongkar.

Ma... diperantauan ini, adakalanya aku terpaksa mengikat perut dan ada hari harinya aku hanya mengisi perut ku dengan biskut kering dan air kosong. Ianya mengingatkan aku pada waktu waktu dahulu saat aku masih lagi berlindung dan bermanja denganmu... Aku pasti kau akan menangis bila melihat keadaan diriku.

Seperti yang aku katakan, aku tidak mahu menyusahkan hidupmu lagi kerana adikku masih lagi bersekolah dan ianya menjadi beban sekiranya aku terus terusan mengadu kesusahan hidupku pada saat ini. Ada ketikanya aku terasa sakit yang amat sangat bila aku mahu tidur atau bila ada bebanan masalah yang dipikul. Sakit dikepala kian menjadi bila aku demam atau terlalu letih. Itulah sebabnya mengapa aku lebih suka berdiam diri di rumah sewa ku.
Ma.... perjalanan hidup ku bagai telah diatur. Kehidupan semalam dan hari ini adalah rutin yang sama dan mungkin juga untuk esok dan hari hari seterusnya. Malam aku habiskan masa mendengar radio atau melihat TV bagi menghilangkan kebosanan hidup di daerah terpencil. Dengan gaji yang kuterima sebanyak RM500 sebulan apalah aktiviti yang dapat dilakukan. Cukup sekadar meneruskan kelangsungan hidup di daerah ini.

Ma.... hidup diperantauan ini amat memeritkan. Apalah daya aku untuk mengadu dan pada siapa harus aku adukan masalah hidup ku. Masih lagi terngiang ngiang katamu bahawa hidup diperantauan pandai pandailah menjaga diri sewaktu aku mula untuk meninggalkanmu bertolak ke daerah ini. Mungkin tiada harta yang menjadi bekalan perjalananku diperantauan tetapi nasihatmu akan ku ingat hingga ke akhir hayatku. Itulah harta yang paling bernilai buatku bagi menjadi sempadan perjalanan hidupku.

Andai kata aku pergi dahulu. Janganlah bersedih atau menyesal kerana tidak dapat untuk bersua buat kali terakhir kerana itu mungkin sudah takdir hidupku. Mungkin tidak terampun dosa dosaku yang lalu. Akan  tetapi ingatlah aku sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang soleh, yang sentiasa taat dan berdoa kepada kedua orang tuanya. Mampukah aku...........

Ma...Kau telah memberikan aku kasih sayang yang cukup sempurna. Tiada galang gantinya. Apa sahaja yang aku hajati pasti kau akan cuba untuk memenuhi walaupun ketika dirimu berduka. Aku doakan semoga kau dipanjangkan umur agar dapat terus berbakti kepada Allah dan juga keluargamu...
Kerana syurga dibawah telapak kaki ibu....harum kasihmu tetap utuh.

Abah.... aku juga berterima kasih kerana walaupun antara kita jarang berbicara dan bersua lantaran tuntutan hidup demi sesuap nasi, namun jauh disudut hati, aku amat menyayangimu lebih dari segalanya. Dalam diam kau terlalu mengambil berat tentang anak anakmu. Walupun tidak kau nyatakan secara zahir, tetapi aku tahu jauh disudut hatimu, dirimu berkecamuk demi membesarkan anak anakmu....pengorbananmu selama ini amat ku hargai dan sekiranya aku ditempatmu ..... mampukah aku...

Salam sayang dari anakmu....

Sunday, February 27, 2011

Dua Hari Di Temerloh

Dua hari kawe berada di Temerloh...Paya Luas.... Hospital Temerloh... melawat anak saudara yang dimasukkan wad setelah Hospital Jerantut tidak berupaya untuk menangani masalah kesihatan yang dialami.

Kawe bukan nak bercerita pasal Hoshas tapi Rumah Tumpangan yang kawe dan keluarga diami selama beberapa malam.

Tak terfikir pula kawe idea membuat rumah tumpangan disekitar hospital boleh mendapat sambutan yang menggalakkan. Rasanya bukan mengambil kesempatan tapi bagi kawe, ini adalah alternatif pada keluarga pesakit mendapat kemudahan untuk berehat dan mungkin juga ibubapa yang ada anak anak belajar dikawasan berhampiran.

Kalau nak sewa hotel boleh mencecah RM50 hingga RM100 tapi rumah tumpangan ini harga hanya sekitar RM20 ke RM40 untuk satu malam. Dan kemudahan sama seperti hotel 2 bintang.


Kawasan Sekitar yang bersih...

Ruang rehat di luar rumah
Berbagai jenis unit
TV, Rak, Tuala, Sejadah disediakan....
Kerusi rehat dan meja turut ada
Tuan punya rumah tumpangan..... Abang Mad
No. telefon untuk dihubungi....

Kedudukan betul betul di depan Kuarters Hoshas.

Sekiranya ke Temerloh dan mencari rumah tumpangan sementara bolehlah hubungi Abang Mad.

Nyaman dan segar untuk merehatkan minda kerana dikelilingi pokok dan udara yang bersih serta jauh dari hiruk pikuk kenderaan.


P/S : Abang Mad kawe dah tunaikan janji kawe... Semoga usaha Abang Mad berjaya.

Sunday, January 2, 2011

SMDMM

Hari ni buat kesekian kalinya kawe pergi lagi ke Pekan. Saja jalan jalan pasar tani pagi sabtu. Lagipun dah lama tak ke Pekan.
Kawe tengok SMA pun dah banyak berubah. Asrama Mini tempat kawe menyewa dulupun dah tak ingat dok belah mana. Cuba juga intai.... tapi banyak sangat perubahan yang berlaku. Daripada aku sesat dalam Kg Geylang tu baik aku blah dulu.
On the way balik kawe singgah jap kat SMDMM. Hari pun dah hujan hujan manja....snap mana yang sempat pastu blah.... (macam pencuri lagaknya)

  Masih lagi ada nama asal walaupun dah tukar nama baru.
*
*

20 tahun.... pagar pun dah lain
*
*

Blok ni, dulu ada lukisan mural hasil kerja kawe.

Dan salah satu bangunan ni menjadi kelas kawe yg terakhir. 
Tengah tengah antara blok ni ada court badminton.


p/s : entahla... kalau boleh diputar masa kawe nak pergi zaman akan datang.... hahahahahah. maknanya bangunan sekolah mungkin akan jadi 16 tingkat. siap ada mall ngan panggung wayang. tempat boling skali.