BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Sunday, January 2, 2011

SMDMM

Hari ni buat kesekian kalinya kawe pergi lagi ke Pekan. Saja jalan jalan pasar tani pagi sabtu. Lagipun dah lama tak ke Pekan.
Kawe tengok SMA pun dah banyak berubah. Asrama Mini tempat kawe menyewa dulupun dah tak ingat dok belah mana. Cuba juga intai.... tapi banyak sangat perubahan yang berlaku. Daripada aku sesat dalam Kg Geylang tu baik aku blah dulu.
On the way balik kawe singgah jap kat SMDMM. Hari pun dah hujan hujan manja....snap mana yang sempat pastu blah.... (macam pencuri lagaknya)

  Masih lagi ada nama asal walaupun dah tukar nama baru.
*
*

20 tahun.... pagar pun dah lain
*
*

Blok ni, dulu ada lukisan mural hasil kerja kawe.

Dan salah satu bangunan ni menjadi kelas kawe yg terakhir. 
Tengah tengah antara blok ni ada court badminton.


p/s : entahla... kalau boleh diputar masa kawe nak pergi zaman akan datang.... hahahahahah. maknanya bangunan sekolah mungkin akan jadi 16 tingkat. siap ada mall ngan panggung wayang. tempat boling skali.

Thursday, December 23, 2010

Harapkan Pagar...

Jalan baru siap, tapi....sedih nak citer.



pada waktu ni, hujan turun mencurah. koi snap mana yg sempat. kebetulan hari ni koi bawa kamera.


Memang dah lama dok bebulu rasa kat hati ni. Brader mana la yang baik hati tolong bukak besi penahan nih.


Mungkin takde benda yang berlaku pada famili dia kot. sebab tu dia rasa okay bukak benda nih. bukannya sedara dia pun yang lalu kot jalan nih.

p/s : koi maleh nak cakap banyak... pedih hati

Lagi Kawan Lama

Sementelah aku dok berFB pagi ni, tiba tiba muncul lagi sorang nak add kat dlm fb koi.
check punya check rupanya Faridatulhanam anak pakcik Ishak. Kalau tak silap aku la dia, dok kat Penor dulu waktu sekolah.
Sekarang ni kerja kat KDN. Kalu sape sape nak tengok muvi free bolehla jupe dia. Itupun kalau dia nak kasi laaaa... hahaha.
Ataupun nak buat muvi buleh jugak jupe dia. Tapi sblm tu kena tapis dulu. Takut ada adegan meluat cam cerita baru baru ni yang kutipan tak seberapa tapi gah satu dunia.. hak hak hak hak (oooopssss sorry)

Wednesday, December 22, 2010

Aminah Osman

Aku tertanya tanya gak sapa la dalam fb aku ni nama Sya Mie...rupanya Aminah Osman... hik hik hik..
jauh lari dari nama asal. Pastu saiz pun lari gak... hahahah cam aku.

Tapi kira ok la. kiranya  dapat la bertaut kembali rakan rakan masa sekolah dulu. Apapun sesekali bercerita terselit kenangan lalu. Sekurang kurangnya dapat gak mengingati rakan rakan lain yang tiada dalam fb.

Beliau sekarang ni ada kat Kuantan. Dok gi mana pun. Katanya buat bisnes tapi takde plak beritahu buat bisnes apa. Malu kot bisnes besar. Nanti kabo nak bangga diri plak. heheheheh (gurau je tu)

Anyway thanks for being my friends.. cheeeewah skiping plak.
Andainya hari hari mendatang adalah terlalu sukar untuk ditempuhi, janganlah terus berputus asa, kerana..... tidak semestinya hari hari yang mendatang itu adalah perosak masa hadapan. Mungkin ada rahmat atau pengajaran yang tersembunyi di sebaliknya.....

Sunday, December 19, 2010

Hamili

22 tahun....

lama rasanya.... kalau ada anak, dah nak kahwin pun.
Dan selama itulah aku tak jumpa membe aku sorang nih.. hilang tak dapat kesan.
Manalah aku tahu rupa rupanya selama ini, aku cuma berjiran daerah je...Jengka/Jerantut.

Lokasi : Jengka 13

tepi jalan besar je....

IBJ Motor

Tapi sebelum sampai ke sini.... kalau dari Jerantut atau Temerloh tengok signboard ni dulu. Mana la tahu kot kot sesat.





Macamana aku kenal dia dulu... macam tu lah dia sekarang.
Dah jadi tokey... Alhamdulillah.

Wednesday, September 1, 2010

Merdeka....

Telah 53 tahun Malaysia merdeka... namun masih ada jiwa jiwa yang belum merdeka. Mungkin ada sedikit sebanyak .......ahhhhh biarkan Malaysia merdeka.

Aku tidak mahu berbicara mengenai Negara Malaysia kerana ini tanahairku, tempat aku membesar, tempat aku mengenali hidup aku, tempat dimana aku akan dikebumikan bila tiba masanya nanti....

Aku kachiwa... melihat jiran Malaysia yang jiwanya belum merdeka....
Tak cukup buluh runcing yang berjuta juta telah dihantar ke Malaysia, kini nak diganyang pula penjaga penjaga buluh runcing tersebut. Setelah madu diberi kini racun nak dibalas....

Tiadakah mereka terfikir bahawa saudara mara mereka (buluh runcing) masih lagi hidup senang di negara ini.
Tiadakah mereka terfikir sedikit sebanyak hasil ekonomi negara ini telah banyak disumbang ke negara mereka.
Tiadakah mereka terfikir pelancong Malaysia telah banyak membuang duit dinegara mereka dan seterusnya memberi rezeki pada peniaga.
Tiadakah mereka terfikir.........
Tiadakah mereka terfikir..........
Tiadakah mereka terfikir...........
Tiadakah mereka terfikir............
Tiadakah mereka terfikir.............
Tiadakah mereka terfikir..............
Tiadakah mereka terfikir...............
Tiadakah mereka terfikir................
Tiadakah mereka terfikir.................
Tiadakah mereka terfikir...................


Tiadakah mereka berfikir..............................

Monday, August 16, 2010

Sahabat Lama

Dalam pada aku tercari cari kawan lama tiba tiba muncullah si Hasren ni....
Itupun setelah dia terima aku di pesbuk dia.

Dan ternyatalah telahan aku benar belaka dan sememangnya dia ada di Melaka.

Ramai lagi kawan kawan masa di SMA - 1991 turut menghubungi aku di pesbuk. Salam pertautan semula....
Antaranya :
Sheikh Mohd Rosli
Opoi (Rizal)
Noor Hisam
Mohd Nasibi
Abdul Je (Hafif)
Khadzir Khalid
Marwan Che Desa
Mat Smart
Roseman Zailani
Hani Azura
dan Sue Yaya kalau x silap aku....

Harapnya persahabatan ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat.

Saturday, July 24, 2010

Halal @ Haram

Sekarang ni.... banyak kita dengar isu isu makanan halal. Kenyataannya bila nak dijamah haram... entahla.. macam macam dunia sekarang. Kawe bukannya nak memperli ataupun menyindir mana mana pihak tapi..... kita sebagai pengguna, kena berfikir sebelum bertindak.

Kebanyakan pengusaha pengusaha restoran khususnya non muslim hanya memikirkan keuntungan dan bukannya kualiti makanan tersebut. (kalu dah non muslim... mananya tahu halal haram).

Jadi kita sebagai pengguna kalu dah lapar sangat tu, tengok tengok la kedai skit. Jangan dok main serbu jer...

Kat Kuantan, kekadang kawe nak makan pun serba salah. Belum lagi KL. Tengok pekerja melayu, (kekadang Indon), masuk dalam kedai tengok tokey.... cina... tukang masak becampur campur... ari ni indon esok melayu (tp orang yg sama). hehehehehhe


Saturday, July 17, 2010

Berilah Aku Masa

Dalam lembayung kesedaran
ku tutup
semua kata bicara
merenung sejenak
kisah yang menjadi ingatan
betapa selamanya ya Tuhan
aku begitu angkuh
dengan lagu riang kehidupan
betapa kejamnya masa
menjadikan aku alpa
dalam satu kelalaian
meniti suasana kehidupan
aku masih belum dapat mengisi kekosongan

Aku masih khayal
dengan warna warna biru
yang melarang dari menemuiNya
menghimpit rasa keinsafan
dalam kepayahan ini
ku cuba bangun
mengejar lembayung yang telah meninggalkan aku
tapi aku pasti
ia akan datang lagi
menjemputku
untuk kesekian kali
khusyuk
menikmati fajar suci......

Nukilan: Nazlia S - 1990

p/s : kenkadang dalam hidup perlu ada kesedaran untuk memotivasikan diri....