BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Sunday, September 9, 2012

Uncle Cina - 3 + 1

Setakat hari ni kawe tabik ko Uncle Cina.... Dalam masa tak sampai 6 bulan beliau telah beli keta ngan kawe sebanyak 3 biji (Kelisa 2002, Iswara Combat 2009 dan Combat 2005) campur bonus dia bawa kawan dia beli kancil ngan kawe....itulah jadinya 3 + 1...

Walaupun Uncle Cina ambil masa nak buat pilihan tapi kedai kawe jugak yang dia suka. Sebabnya hanya pelanggan yang pernah beli tahu dan kenapa perlu beli lagi....hahaahahaha

Kawe nak citer takut kabo kawe promot lebih... cuba dulu baru tahu...

Mehhh laaa singgah... acu cuba trai tes....

Monday, May 28, 2012

Uncle Cina - Final

Hari ni sambil memandu aku terlihat uncle cina membawa kenderaan yang telah dibeli. Kenderaan tersebut telah di"make up" dengan sport rim baru dan cermin kereta di tinted hitam. Tapi yang pasti aku dapat lihat uncle cina tadi tersenyum dan berpuashati dengan kenderaan tersebut.

(flashback yang lalu)klik sini

Pada petang itu, uncle cina telah datang bersama anaknya dan membawa wang seperti yang telah dipersetujui.
Kawe pun tak sangka yang uncle ni betul betul serius. Walaubagaimanapun uncle cina tetap berpuashati dengan kenderaan tersebut. Dan kawe sebagai jurujual berbesar hati dapat memuaskan hati pelanggan.

Wednesday, April 25, 2012

Uncle Cina - Part 3

Setelah setuju dengan harga yang diberi, uncle dan kawannya berlalu meninggalkan kawe keseorangan.

Selang beberapa minit, kawe lihat uncle tadi menuju kearah kawe sambil memegang kunci...

Uncle : haiyaaa ....saya sudah salah angkat...
Kawe : kenapa uncle... (dalam kebingungan)

Dalam pada itu aku sempat melihat kawan uncle tadi tersenyum kepada aku. Aku masih lagi belum dapat mengagak maksud uncle cina sebentar tadi....

Uncle : saya sudah salah angkat.... (sambil mengangkat kunci pada tangannya)
Kawe : angkat apa?????
Uncle : kunci keleta...itu keleta mana boleh masuk ini kunci. (sambil menunjukkan kunci kereta mercedes)
Kawe : Ooooooo ... (aku tersenyum dan menyerahkan kunci kereta proton yg ada di atas meja )
Uncle : ini petang saya datang bawa itu duit....

Aku mengangguk tanda setuju dan membiarkan uncle berlalu pergi....

Pada firasat aku yang amatur ini.... kebiasaannya kes kes terpencil macam ni susah nak dapat hasil. Tapi rezeki kadang kadang kita tak boleh nak duga... segalanya ketentuan Allah...

Monday, April 23, 2012

Uncle Cina - Part 2

Seperti hari hari biasa... kawe melakukan kerja kerja rutin. Jam menunjukkan hampir pukul 11.00 pagi dan tiba tiba menjelma uncle cina disampingnya turut mengikuti dari belakang mungkin kawannya yang sama usia dengannya..

Sebagai seorang jurujual yang amatur, kawe menyapa uncle cina dan kawannya secara sopan bagi menunjukkan bahawa kawe ni jurujual yang berstatus amatur.(heheheh). Uncle cina terus meluru kearah kenderaan yang telah dilihat semalam. ( klik sini).

Kawan uncle cina turut  mengekori dan menghampiri kenderaan tersebut dan kawe terus ke meja untuk mengambil kunci kenderaan, lalu turut serta bersama uncle cina tadi menikmati panas terik matahari disamping membuat syarahan berkenaan kereta tersebut.

Setelah puas meneliti dan menikmati panorama kenderaan tersebut... akhirnya uncle cina tadi bersetuju untuk membeli kereta tersebut secara tunai... Kawe berasa lega yang amat sangat setelah bergelut dengan terik matahari dapat juga kawe meyakinkan uncle cina tadi untuk membeli kenderaan tersebut.

Uncle : saya setuju la meli ini keleta... belapa halega???
Kawe : macam saya beritahu uncle tadi....
Uncle : takan tak moleh kulang maaaa (takkan tak boleh kurang)
Kawe : moleh... eh. eh.. boleh sikit sikit...
Uncle : Sikit belapa???
Kawe : Uncle mau berapa??? (soalan dijawab dengan soalan (tactic)..) 

Uncle terdiam dan terus membisu... mungkin memikirkan harga yang terbaik....

disebabkan uncle tadi masih lagi membisu..... jadi kawe sambung lain kali lah citer ni... uncle pun belum beri jawapan lagi....


Tip Membeli Kenderaan

Ramai di antara kita yang lupa perkara asas dalam membeli kenderaan....

Tip 1. Pastikan cat luaran kenderaan dalam keadaan baik...
Tip 2. Pastikan enjin mestilah ada...
Tip 3. Pastikan tayar ada 4 biji dan "spare" 1 biji
Tip 4. Pastikan kerusi cukup bilangan seperti dalam geran kereta
Tip 5. Stering dan kepala gear mesti ada...
Tip 6. Kotak gear mesti ada...
Tip 7. Radio kaset serta aksesori dalam kenderaan cukup..
Tip 8. Apa apa yang patut bagi melengkapi sebuah kenderaan..

Itulah serba sedikit tip yang baik bagi anda membuat pilihan kereta sekenhen....

MORAL TIP INI : Kalau kedai keta tak sediakan semua benda di atas...namanya bukan kedai keta. Itu kedai potong (spare part) namanya...Jadi ajak ajak lah kaki anda melawat kedai saya....hahahahaha


Wednesday, April 18, 2012

Kayu Jadi Batu

                                               Kayu yang telah menjadi batu

                                                                        Dipotong dua
                                    Setelah dibentuk dan dibahagi kepada 3 biji.

Batu cincin ni masih lagi belum dikilatkan dan masih dalam proses proses akhir.... Untuk makluman 2 biji telah ditempah... cuma tinggal 1 biji yang paling kecil.

Sunday, April 15, 2012

Gua Balai

Gua Balai merupakan salah satu gua utama dalam gagasan gua  di Kota Gelanggi.Untuk memasuki gua ini perlu mendaki tangga besi yang telah disediakan. Didalamnya terdapat ruang yang luas bagi menempatkan sejumlah pengunjung. Tetapi apa yang menarik perhatian adalah terdapat sebuah kolam bertingkat.Walaupun keadaan gelap didalam gua tetapi persekitaran ditepi kolam ini kelihatan bercahaya akibat dari pantulan cahaya "stalagmite" dan mungkin juga "stalagtite".
Kolam paling atas

Kolam bertingkat


Ada tanda tanda air pernah bertakung dalam kolam ini...


Seketul batu yang terdapat di atas kolam...ketulan batu ini mempunyai ceritanya yang tersendiri 

Ketulan batu ini dari kawasan Gua Tongkat....

Disinilah di temui ketulan batu tersebut...

Sunday, March 25, 2012

Khazanah Gua Cermin

Inilah hasil yang dapat ditemui di Gua Cermin - Batu Akik

Batu yang belum di potong

Setelah di potong dan diasingkan




Batu yang telah siap dicanai dan dibentuk...

Dalam proses untuk melicin dan kerja kerja akhir....

Friday, March 23, 2012

Gua Cermin

Mungkin tak ramai yang tahu berkenaan Gua Cermin yang berada dalam daerah Maran. Setahu kawe dulu tempat ni merupakan kawasan riadah yang dibangunkan oleh JPS.

Untuk masuk kedalam kawasan ini memakan masa hampir 1 jam perjalanan meredah belukar dan belantara jauh pedalaman dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dan motor lasak.

Baru baru ni kawe telah menjelajah seramai 7 orang untuk mencari Batu Akik. Dan benar setelah sampai di sana kumpulan kawe hampir sesat akibat jalan masuk ke Gua tersebut telah dilitupi hutan dan hanya papan tanda kecil yang menyelamatkan kumpulan kawe dari tersasar lebih jauh ke dalam belantara.

Dan hasilnya..... air yang tenang






Kawasan hutan yang tidak tercemar....



Sejuk mata memandang....

Kumpulan kawe berada di sini sehingga petang dan sebelum asar kami bertolak balik.

Pencarian kami berhasil walaupun begitu sukar mencari kerana terlalu banyak halangan dan dugaan yang perlu kami tempuh.

Hasil yang kami dapat akan saya "update"kan kemudian...

Thursday, March 22, 2012

Uncle Cina - Part 1

Tepat pukul 5.25 petang tiba tiba muncul uncle cina untuk melihat lihat kenderaan dibawah jagaan kawe. Pada mulanya kawe tegur la jugak...bertanya serba sedikit

Kawe : Uncle mau cari kereta apa....
Uncle : Saja mau tengok tengok...
Kawe : Takper uncle... tengok fleeeee(free) maaaa....
Uncle : senyum........

Kawe pun biarkanlah uncle tu melayan perasaan sambil dia melihat kenderaan satu persatu hingga habis kesemua kenderaan dia tengok....dan pada waktu yang sama sekonyong konyongnya menjelma pula 2 remaja india sekadar bertanya dan akhirnya berlalu pergi meninggalkan aku dan uncle cina tadi....

Jam hampir pukul 6 petang dan uncle cina tadi masih lagi meninjau ninjau sebuah kenderaan yang mungkin menarik minatnya. Secara perlahan akupun melangkah menghampirinya dan bertanya..

Kawe : macamana uncle... ada sudah sangkut?
Uncle : masih lagi tersenyum dan menjawab... esok nanti saya beritahu...

Uncle cina masih lagi berdiri ditepi kenderaan tersebut dan jam sudah melebihi pukul 6 petang.
Aku secara hormat mengemas apa apa yang patut untuk tidak menghampakan hati uncle cina tadi. Dalam pada aku berkemas uncle cina sempat menegur dan bertanya mengenai kenderaan yang berada ditepinya. Aku menjawab secara spontan dan membiarkan uncle cina melayan persaannya.

Mungkin kerana perasan yang aku sedang bersiap untuk pulang, uncle tadi menghampiri aku dan berkata " esok saya bawa saya punya kawan " dan uncle cina tadi pun berlalu keluar meninggalkan aku keseorangan...

Pada agakan aku umur uncle cina tadi sudah melebihi 70 tahun namun masih lagi sihat dan bertenaga.

Kebiasaannya pelanggan yang masuk dan keluar tanpa ada keputusan memang tidak akan datang kalau tidak berjumpa dengan yang berkenan dihati... dan begitu jua aku sangkakan pada uncle cina tadi.

Esoknya....
jeng jeng jeng...

esok la saya cerita pulak....