BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Tuesday, January 26, 2010

2010 - Satu Permulaan

Lama gak kawe tak nulis blog... bukan ape, kawe sibuk ngat... nak tengok email pun tak sempat...

Baru baru ni, kawe ada la jupe ngan Ahmad NorShamsuri, tapi tak sempat nak cakap panjang...
cukup sekadar bertanya khabar.
Sekarang kerja kat HTAA.

Pelik gak... kawe dah bertahun jadi pelawat HTAA, boleh dikatakan setiap pagi kawe ke HTAA tapi tak pernah pulak jupe ngan dia. Dok rasa dah 8 tahun kawe berulang alik kat HTAA, awal bulan ni baru terperasan yang mamat ni kerja kat HTAA.

Tahun 2010 ni, mungkin ada sesuatu perubahan dalam hidup kawe kot.

Awal bulan ni juga kawe dapat bercakap ngan Zulkhairi, lama juga tak denga khabar si khairi ni, itupun dengan pertolongan si Sedi. Sekarang kerja kat Bentong sebagai guru. Anak pun baru sorang katanya... (mungkin ada lagi menyusul kot...).

Dulu masa sekolah orang gelar profesor.... skang ni doktor kot..... apapun tahniah la...

Kawe tumpang gembira bila tengok kawan kawan senang. Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.