Sebaik baik akal ialah mengenal diri sendiri
Sebaik baik ilmu ialah melaksanakan ilmu yang dimiliki
Sebaik baik maruah ialah menjaga air mukanya
Sebaik baik harta ialah harta yang ditunaikan hak hak harta yang sebenar......
BUAT SAHABAT
Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........
Wednesday, June 2, 2010
MANUSIA
Terdengar detik suara halus
mengalun suara yang kurang enak
menggerakkan bibir tanpa berfikir
Masih ku perhatikan gelagat manusia
melemparkan kata nista
tanpa bukti yang nyata
Menghemburkan keringat
dipinggir kota
menampirkan hujjah
di tepian desa
bersama gelak ketawa
tanpa mengenal masa........
hasil nukilan : Rabitah Abdullah
p/s : dulu dulu kawe berehi makan kacang salut bit...
sambil makan sambil ngacau budak kelas.....

Tuesday, June 1, 2010
SEMUSIM YANG BERLALU
Penghujung waktu begini
kita menjadi semakin resah
mencari sesuatu yang tak ketemuan
gelisah yang seriang bertemu
si senja yang semakin tua
kadangkala mencabar kedewasaan
kadangkala menguji kesabaran
Siang bagaikan semakin panjang
mengurangkan tidur yang semakin terganggu
bagaikan ada suara yang memanggil
melewati batas batas usia
meninggalkan bekas bekas mimpi
kosong dan mengasyikkan
ngeri dan menakutkan
Demikianlah kita membiarkan
musim musim yang berlalu
datang dan pergi bersama kedewasaan
meninggalkan sisa sisa kehidupan
bersama resah yang tetap gelisah
yang sering datang bertamu
di senja yang semakin tua.......
hasil nukilan : W. Zainora
p/s : jobot dan komot acu beritahu sapa dia w. Zainora nih...

Saturday, May 29, 2010
Panas....
Panas....
Tak tahula, perubahan cuaca ataupun kawe je yang terasa bahang panas...
Nak tido malam pun terasa seksa....
Tak tahula, perubahan cuaca ataupun kawe je yang terasa bahang panas...
Nak tido malam pun terasa seksa....
Lama La Juga
Sedar tak sedar, dah lama rasanya kawe tak berceloteh dalam blog ni....
Maklumlah sibuk nak produce beberapa produk. Insyallah...
Masih lagi dalam R & D, dalam tahun ni insyallah akan keluar juga....
masa.... masa..... masa yang akan menentukan....
Maklumlah sibuk nak produce beberapa produk. Insyallah...
Masih lagi dalam R & D, dalam tahun ni insyallah akan keluar juga....
masa.... masa..... masa yang akan menentukan....
Tuesday, May 18, 2010
Selamat Hari CIKGU...
Kepada kawan kawanku yang kebanyakan nya telah menceburkan diri dalam bidang percikguan dan juga adikku... SELAMAT HARI CIKGU..
Juga pada cikgu cikgu yang banyak menasihatkan kawe masa sekolah dulu, dan semua yang terlibat dalam bidang percikguan.
SELAMAT HARI GURU..
walaupun terlewat 2 hari... nok buat guano....
hari ni baru teringat...

Friday, January 29, 2010
Janji
Bulan lepas kawe rasa ada janji ngan kerudin, kawe nak jupe.... tapi sampai ko hari ni tak dapat lagi nak jupe ngan dia...
Sibuknya kawe....
ataupun buat buat sibuk....
Tak tahulah mana satu....
...................................................................................
Sedi ada tipon kawe baru baru ni.... Rasanya kawe pun ada janji nak gi umah dia. Cuma kawe tak beri masa bila nak gi....
Dia dah dapat yang nombor 5.
Lelaki pulak tu......
Puas dok proses akhirnya dapat gak yang ganteng....
4 sebelum ni semuanya cewek......
Tapi kawe rasa bagus gak yang awal semuanya cewek... Kenduri meriah skit... hahahahahha
Tapi semuanya ketentuan Ilahi. Bersyukur dengan apa yang ada.
Alhamdulillah.

Indahnya Hidup
Hidup tidak selalunya indah. Adakala duka datang menghimpit. Ibarat roda yang sering berputar. Ke sana sini mencari haluan.
Gembirakah hidup ini.......
Sengsarakah hidup ini......
Cukup sekadar menafsir apa yang tersirat.
Gembirakah hidup ini.......
Sengsarakah hidup ini......
Cukup sekadar menafsir apa yang tersirat.
Tuesday, January 26, 2010
Pengumuman

Anidatul Akma on Facebook...
Nak tengok gambar/cerita terbaru dia cuba cubalah add kat pesbuk dia.... hahahahahhaha
kawe sudah...
2010 - Satu Permulaan
Lama gak kawe tak nulis blog... bukan ape, kawe sibuk ngat... nak tengok email pun tak sempat...
Baru baru ni, kawe ada la jupe ngan Ahmad NorShamsuri, tapi tak sempat nak cakap panjang...
cukup sekadar bertanya khabar.
Sekarang kerja kat HTAA.
Pelik gak... kawe dah bertahun jadi pelawat HTAA, boleh dikatakan setiap pagi kawe ke HTAA tapi tak pernah pulak jupe ngan dia. Dok rasa dah 8 tahun kawe berulang alik kat HTAA, awal bulan ni baru terperasan yang mamat ni kerja kat HTAA.
Tahun 2010 ni, mungkin ada sesuatu perubahan dalam hidup kawe kot.
Awal bulan ni juga kawe dapat bercakap ngan Zulkhairi, lama juga tak denga khabar si khairi ni, itupun dengan pertolongan si Sedi. Sekarang kerja kat Bentong sebagai guru. Anak pun baru sorang katanya... (mungkin ada lagi menyusul kot...).
Dulu masa sekolah orang gelar profesor.... skang ni doktor kot..... apapun tahniah la...
Kawe tumpang gembira bila tengok kawan kawan senang. Alhamdulillah....

Subscribe to:
Posts (Atom)