BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Monday, November 2, 2009

6A1-1992

Gambar pelajar 6A1 - 1992
Sek. Men. Mahmud Mahyiddin, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.


******************************************

Separuh pelajar lelaki. Lagi separuh tah pegi mana. Nyampah kawe. Asyik asyik hilang - asyik asyik hilang. Takleh dok diam. Dah tahu kawe nak ambil gambor. Dok diam je lah. Lari saje pok pok nih.


Duduk : Faisal & Nawi
Diri : Azlin, Mat Ju & Kawe
Tiada Dalam Ini Gambar : Sabri, Mat & Rithauddin

Mana agaknya pok pok nih sekarang.
Lama dah tak jupe. Wat khije mende dak tahu leni?... Kawe dengar ramai yang jadi cikgu dan cikgi. Bagus lerrrr mendidik anak bangsa.

Masa ni, tak lama cuma setahun je... tapi besaing macam dah lama kenal. Pasal kelas lain ramai yang kawe kenal masa sekolah rendah di Pasir Pekan tahun 1982 hingga 1984.

Sepupu sepapat kawe dok kelas sebelah sekali ngan awek cun. ehemm.. ehemm...(Itu semua kenangan lalu.)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.