Sabtu - 31/10/2008
Kawe menjelajah daerah Pekan. Mencari sesuatu. Jadual ........
Benda ni kawe baru je dengar. Pastu rasa teringin nak melihat bentuknya. Kawe pun janjilah ngan geng geng brahak. Janji kul 4 petang tapi kul 5.60 tak sampai lagi. Kawe dah pening pala, pasal lama ngat nunggu nya. Kebetulan pada hari tu member kawe, Jo, ada jemputan, jadi lambat skit balik. Kawe ngan Isye layan VCD dulu sementara nunggu Jo.
Tepat tepat 5.61 minit Jo sampai. Dia minta maaf pasal lewat. Kawe ngan Isye takde hal punya, pasal cerita ni memang dia yang jadi palanya. Kalau takde dia, susah skit nak gi cari benda tu. Kul 5.65 kawe bertolak gi ke Pekan.
Melilau sambil makan angin, saja je pasal tempatnya dah tahu. Sambil gi cari, sambil mencuci mata. Sampai di satu mukim tuh, kawe masuk celah celah kampung dan terlihatlah sebuah rumah. Bapok cantik rumah tu. Segala material dia guna kayu. Cuma pagar guna batu. Sekali tengok macam rumah bangsawan zaman zaman dulu. Kawe rasa tertarik tengok rumah tu. Kawe pun ambil gambar. Sekeping je. Pasal hari dah pun nak gelap. Takleh lebih lebih takut oghe marah. Wartawan mana pulok mari petang gorib nih.
Selidik punya selidik dapatlah tahu, rupanya rumah tu kepunyaan seorang artis. Rasanya kome semua dah boleh agak artis mana. Kita tinggalkan cerita artis tu. Biar dia ngan cara hidup dia. Kita jangan kacau. Nanti kawe upload kan gambar umah tu nanti.
Lebih kurang kul 6.50 kawe sampai rumah yang nak dituju. Dapatlah jupe ngan pemilik jadual tu. Kawe, Isye dan Jo taklah terpegun melihat jadual tu. Pasal dah dengar cerita sedikit sebanyak. Cuma nak gi tengok macamana bentuk jadual tuh. Kawe tak dapat nak tunjuk benda tu pasal tidak dapat keizinan pemilik tersebut. Mungkin dilain kali kawe akan tunjuk.
Kawe nak gi pujuk rayu pemilik tersebut. Tungggggggguuuuuuuuu.
Setelah bercerita, mencerita dan bermacam macam cerita, Kawe lihat jam dah pun kul 7.30 malam. Maghrib dok lagi. Member, kawe buat dulu apa yang patut, lepas tu sambung smula sembang.
Dah dekat kul 8.00 malam kawe dan geng brahak tinggalkan rumah pemilik tersebut dan teruskan perjalanan untuk balik ke destinasi asal iaitu rumah kawe. heee. hee...
Barang yang hendak dilihat dah dapat, jadi tak perlulah nak difikirkan lagi. Dah sampai rumah kawe sembang lagi pasal bende bende lain pulak yang menjadi misteri untuk diterokai.
Bila pulok nak gi menjelajah gua. Kawe ada dengar pasal satu gua ni. Banyak batu bernilai di dalamnya. Tapi tak semudah itu untuk mencarinya.
Apapun kawe puas hati ngan perjalanan hari ini.Dapat lihat sendiri barang tu.
p/s : jangan terpedaya dengan sesuatu yang belum tentu hujung pangkalnya. Lihat dulu, fikir dulu sebelum mempercayainya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.