Penat... memang penat. Dari pagi sampai ko petang. Cari... pastu gali... cari ... pastu gali.. yang jupe paku, besi, kawat. Rupanya tempat ni dah ada pernah orang duduk agaknya.
Dari Kg. Langgar, kawe jelajah ikut tepi sungai, kot kot ada kawasan penempatan awal, tapi hampa... Kebanyakan kawe jupe paku, besi, kawat dan bendasing yang sewaktu dengannya. Masuk redah bertempur ngan nyamuk dan pacat buat kawe kadang kadang rasa malas nak redah. Tapi oleh kerana kawan punya pasal, kawe cekal kan hati ikut jugak... hee. heee. (Sebenarnya rasa ingin tahu lebih banyak menguasai kawe.)
Di Kg. Langgar, tiada hasil yang memberangsangkan, Kawe bertolak pula ko Tg. Selangor, Tiada hasil. Naik pula ko Pantai Lagenda/ Air Leleh. Di situ kawe dapati ada beberapa artifak pinggan mangkuk yang telah pecah. Tapi kawe tak tahulah bila punya tarikh. Yang pasti, Isye ni ralik dok mengorek tanah pada kawasan sekitar. Dia kata nak cari jugak. manalah tahu kot kot ada pinggan mangkuk yang belum pecah. Mana tahu.
Ustaz Zul sibuk dok cari guna MiniLab Digger. Si Jo pulak sibuk dok mencuci barang barang yang di jumpai. Kawe pulok sibuk juga. Sibuk dok ambil gambar. Bukti tuh...
Bercerita pasal ustaz Zul ni, Dia ni paling otai dalam bab bab mencari harta/artifak. Kelengkapan semua ada. Minilab Digger saja pun dah lebih RM10,000.00. Order kat Australia. Tu belum citer barang barang sampingan lain. Dia memang berminat dalam kerja kerja penggalian. Satu hari nanti mungkin jadi ahli arkeologi. heee. heee. ....gurau staz
Sehari kawe di Pekan, tak banyak artifak yang kawe jupe. barang tembikar je. tapi tak tahu la, ada kesan sejarah atau tidak. Kena bawa balik Kuantan dulu. Check kot kot ada sesapa yang tahu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.