Hidup ni kena suka - suka. Rezeki tak masuk kalu muko masam.
Muko manis rezeki masuk. Sedap oghe tengok. Oghe nak beri apa apa pun lapang rasa dada tengok muko manis.
Sapo sapo yang rasa muko tak manis ambil gula halus tampal kat muko. Jangan gula pasir, takut muka calar. Hilang kemanisan muko.
Kawe menaip masa muko manis. Muko masam kawe tak menaip.
Takut PC kawe "down". Bukan 'sindrom down' tapi.. "up & down".
Suka suka,
hidup keno suka suka
Tak suka tak ape. Kawe peduli apo.
Bukan demo yang beri kawe makan nasi.
Kawe suap sendiri.
Demo nak tolong, boleh pergi suka suka.
Kawe tak paksa.
Tolong tak boleh suka suka,
nanti boleh bawa celako.
Kenapa nak suka suka?
Hidup tak ceria, kalu tok suka.
Gelak tak bole suka suka, nanti oghe marah.
Cerita tak bole suka suka, nanti oghe benci.
Senyum tak bole suka suka, nanti oghe terpikat.
Tawa tak bole suka suka, nampak gigi rosak.
Hidu tak bole suka suka, takut kembang tekak.
Skodeng tak bole suka suka, buta biji mata.
Cium tak bole suka suka, nanti lebam muka.
Raba tak bole suka suka, nanti kena penerajang.
Sepak tak bole suka suka, kena molek patah kaki.
Pastu kena... suka jugak ke?
buat lawak kena suka,
tak buat lawak pun kena suka.
buat hensem kena suka,
buat comel pun kena suka.
Semua benda buat kena suka.
Hidup kena suka.
Suka - suka.
Kawe taip ni pun suka suka.
Ikut suka kawe lah apa yang kawe suka.
Peduli apo, ngan apo yang demo suka.
Kawe ikut suka kawe,
Demo ikut suka demo,
Semua orang boleh suka.
Takde sapo sapo yang terluko.
kawe nak gi suka suka.
BUAT SAHABAT
Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........
Saturday, October 31, 2009
Wednesday, October 28, 2009
Tengok je..lah.
Cuba teka saya ... laki ko pompuan? pompuan ko laki? haaa.haaa.haaa
emmmm..... sedapnya belimbing buluh nih.....
belimbing ni takde rasa masam ke?. macam sedap jer anak kecil ni makan...
p/s : kalau beri kawe tobat kawe tak makan belimbing tuh. bapok masam nya...tapi anak kecil ni selamba jerr makan. macam makan coklat pulah tuh.
Rentak Dan Irama
Hari ni kawe rajin skit. Bolehla nak taip karangan yang panjang. Ceritera berkenaan ngan pelajar 5A1-90 yang diilham rasa oleh G.P.R & Liza. Sesedap rasa jerrr dia buboh.
Sapa sapa yang terkena nasib lerrr... Ini kawe copy tul punye. Takde cilok cilok. Baik punye ayat....(nak baca ni kena bergurindam...)
Assalamualaikum sembah dan salam,
sirih puan kami sorongkan,
bersama kita berseloka bergurindam,
sebagai penghibur hati yang rawan.
5A1 medan pertemuan,
lokasinya indah emas tempawan,
26 srikandi, 11 pahlawan,
SPM 90' Gred 1 jadi impian.
Hero kami pula, gagah gagah belaka,
kemana sahaja sering bersama,
hendak ke toilet pun bawa tentera,
kata mereka sehati sejiwa.
Puteri 5A1 manis berseri,
sentiasa bersama ke sana ke mari,
walau dipisah lautan api,
namun kemesraaan tetap abadi.
Cakapnya bersahaja, jalannya tenang,
bila berbicara menusuk di hati,
kalau berjumpa tak puas memandang,
Itulah Puan Tuan Minah form teacher kami.
Rosdi monitor yang baik hati,
selalu dreaming dan busy sekali,
Assistant monitor gemuk ya robbi,
itulah Roslidah empunya diri.
Ketua Pelajar menjawat jawatan,
buah rambai jatuhpun, jadi rebutan,
bila zulhimi bercakap, macam bunyi senapang,
tak ada siapa yang boleh larang.
Cikgu Bahar mengajar biologi,
nota diberi macam labi labi,
bila ujikaji mikro-organisma, kami tak jadi,
bakteria sakit itulah alasan kami.
Ke sekolah kita menuntut ilmu,
ilmu agama tugu ilmiah,
orangnya baik tapi pemalu,
itulah dia si Normiranizah.
Shamsuri dan Azman berlainan kerenah,
seorang pendiam seorang peramah,
sentiasa tersenyum walaupun marah,
jangan senyum sorang sorang sudahlah.
Orangnya sabar lembut sekali
Nuraini Jane gelaran diterima,
Norazlita pula, atlit kami,
dialah jaguh, dialah juara.
Time sekolah selalu tak hadirkan diri,
Ridzuan dan Noraida empunya cerita,
Rahimah pula study tak henti henti,
wajahnya bersahaja tetap pendiriannya.
Berlesung pipit manis sekali
kaki study di kelas kami,
orang lain mengantuk, dia tetap study
agaknya Sudin dan Salmiah nie pakai jampi.
Tak pernah stop menayang gigi,
Anidatul dan Liza selalu happy,
Zulkhairi Ramli teruna sensitif sekali,
silap silap usik dapat penampar free.
Dalam asrama duduk bertentangan,
Rosnaidah dan Faridatul bersuara hikmat,
Huda dan Faridah pula selalu berangan,
sebab itulah muka dipenuhi jerawat.
Orangnya berjawatan berkain ungu,
Zurinah menjadi kesayangan guru,
tapi bagi kami taklah begitu,
dialah .... kami komen nombor satu.
Dulu monitor sekarang bersara,
namun tokoh ketua masih ketara,
yang lain ketawa dia senyum aja..
kalau nak tahu Azmi orangnya.
Fielah dan Fadilah tak suka buang masa,
SPM 90 jadi sasaran,
business kacang langkah pertama,
syabas! Rabitah moga mogamu berjaya.
Arshad suka bercerita beria-ia,
membuat teman teman semua percaya,
orangnya smart alamak bertuahnya,
Tapi ke oversea... itulah cita citanya.
Siti Hebat Fatimah juruhebah kita,
mengusik orang itulah hobinya,
Norliza pula rakan sebelahnya,
asyik berangan nak jadi tentera udara.
Buat kerja slow and steady,
Kairudin Latif empunya diri,
niat dihati nak ganti Mokhtar Dahari,
bila bola datang diapun cabut lari.
Penjuru belakang penuh misteri,
bercita cita menjadi mukminah sejati,
Nor Haiwa nie.. suka berdiam diri,
tapi... diam diam ubi berisi.
Dari jelapang padi berkelana ke mari,
Mohd Fadli memang agresif,
orangnya tinggi garang sekali,
walaupun serius tetapi baik hati.
Sha dan Iena dua sekawan,
kesana kemari selalu berteman,
Eh! apa pula yang direnungkan,
Ah! fikir nak bina kilang belacan.
Orang lembut beraksi manja,
Norizan Simbok suka membaca,
Morliyati Ismail suka bertanya,
pelajaran sastera paling disukai.
Kipas berpusing tak kira masa,
Roslina di bawah menjadi mangsa,
bila panas tu, syok juga,
member lain menjeling memendam rasa.
Seniwati Sarimah gelaran diberi,
bakat terpendam sukar dicari,
bila disoal, cepat cepat berdiri,
tapi jawapannya... belum tentu lagi.
Beginilah kisah putera dan puteri,
masing masing berlagak sendiri,
diluar sahaja nampak begini,
tapi semuanya takut mati.
Villa 5A1 penuh misteri,
banyak tragedi menyayat hati,
tetap dikenang memory ini,
walaupun menambah luka di hati.
Terguris tangan nampak berdarah,
Terluka di hati pendamkan saja,
We buat ni.. you all jangan marah,
inilah satu satunya kenangan kita.
Bertegur, bergurau dan study tiap hari,
selama lima tahun kita bersahabat,
kalau ada jodoh kita bertemu lagi,
kalau tidak ada apa nak buat.
Tamatlah sudah rentak dan irama kami,
agar menjadi kenangan abadi,
salah dan silap harap dimaafi,
moga semuanya diberkati Ilahi,
SPM 90' kejayaan pasti diperolehi,
ketemu lagi dilain kali.......
diterbitkan dalam Majalah Kelas LAS - 1990
pohpaleh.... letih tangan kawe nak taip menate nih. Bapok panjang.

Conan - The Printer
Semalam kawe bual ngan bini kawe pasal gambar gambar lama yang diambil masa kawe bulan madu. Kebanyakkan gambar tuh kawe tak developed lagi. Semuanya kawe simpan dalam PC kawe.
Bini kawe tanya " Bila nak print gambar tuh. Boleh boh dalam album".
Kawe jawab " Tunggu, nanti abang print ahhhhh..."
Bini kawe tanya lagi " tunggu tunggu, sampai bila?"
Dia memang tahu kawe ada printer Canon Pixma tapi header rosak, jadi takleh guna( part ni dia tak tahu pasal kawe lama tak print)
Kawe jawab lagi " Printer takleh guna, ada problem skit."
Bini kawe beri kata putus " tuh.... conan ada!!!"
Kawe termenung.... bila masa pulak Conan mari rumah kawe. Setau kawe pukul 7.30 petang baru dia mari. Pastu apa kena mengena ngan Conan
Lepas tu kawe gelak bagai nak pecah rumah.
Conan... tu Canon bini kawe salah sebut nahu dia sebab nak cepat.
Bini kawe angkat punggung terus pergi tido. Kawe nampak masa dia bangun pun muka dah nak senyum. Kawe rasa dia pergi bantai gelak dalam bilik kot. Malu ko kawe.....

Tuesday, October 27, 2009
Bukan kawe...... Orang lain kot
Semalam sedang kawe asyik membelek belek majalah kelas LAS. (Takde mende nak buat kat rumah). Terpandanglah satu luahan rasa dari seorang penulis. perempuan. Rasa rasanya luahan tu ditujukan khas buat kawe (perasaan je kot..) Tapi penulisnya tidak menyatakan secara jelas (samar-samar, takut orang tahu)siapakah yang dimaksudkan. Luahan itu banyak menyentuh dan terkena pada batang hidung kawe. Pening kawe dok mikir..... pastu kawe tido.... z...zzz...zzzzz...zzzzzzz...
*****************************
Hari ni dok terpikir balik. Yelah..... sapa lagi kalau bukan aku. Tak tahulah kalau ada lagi orang lain yang ngaku bahawa dia lah yang dimaksudkan. Kalau gitu selamatlah kawe.. takdelah rasa bersalah sangat. heee... heeee.... heee.
Tapi luahan rasa tu cukup menyentuh jiwa.. Kalau diflash back kan semula..... rasanya ada yang menitik airmata....
Luahan rasa tersebut nanti kawe akan siarkan. Tuunggguuuuuuuuuuu.....
p/s : Kawe menitik air hidung pasal demam dah nak start nih....

Monday, October 26, 2009
Perubahan

Mengapa,
dahulu bunga-bunga harum
diambil dan dicium
dan digengam ia sekemas-kemasnya
agar semerbak keharumannya
menyapa seluruh kehidupan
lalu menjadi pandangan mata yang buta
Kini,
apabila terlanjur langkah
yang bisa merubah jua menelan segalanya
yang harum menjadi hapak dan hangit
yang ingat menjadi lupa
kehidupan semakin curiga
pada alam ia menari
lalu menjadi jelingan mata yang celik
Kemanakah esok,
ke atas pengsan ke bawah mati
atau hapak dibalik harum
datang tahi dibalik bunga
ludahan si buta menyedar
ke bawah maka rosaklah bunga
yang telah ditanam sejak berzaman
oleh aulia' dan para nabi
sanggupkah nanti
bila si celik muntah terhidu
adakah kita lari kerana loya
atau termuntahkan dosa dosa
Ah!
Serba salah juga hidup ini.........
Pergolakan hidupku : Khairi - Form 5A1 90'
Kalau tak silap ini hasil karya Zulkhairi Ramli. Berita terakhir kawe dengar beliau belajar jurusan kaunseling di Sarawak. UMS. Tu lama dululah. Beberapa tahun lepas
Dah lama tidak berhubung. Kalau ada cerita terbaru nanti kawe update kan dalam blog ini. hee... hee... hee ....
Friday, October 23, 2009
Berakhirnya Sebuah Kebahagiaan

Pupukan angin senja datang lagi menyapa kesepian di kamarku. Kedatangan yang tidak diundang lalu mengajak aku mengingati kenangan semalam yang termetri indahnya. Masih terasa lagi hembusan bayu laut ke mukaku ketika aku bersama-sama abang di tepi pantai. Abang... orang kedua dalam hidupku. Kehadirannya disisiku bagaikan pelita yang menerangi malam.
"Adik, besar nanti nak jadi apa?" tanya abang ketika kami sama-sama dipantai yang permai itu. Aku hanya mendiamkan diri. Aku menoleh ke arah abang. Aku melihat abang merenung jauh ke tengah laut. Aku membiarkan abang melayani perasaannya. "Emmm. Ida nak jadi polis, nanti boleh tangkap abang". jawabku sambil mencuit lengan abang. "Aduh" jerit abang. Aku menolak abang ke pasir. Abang jatuh tetapi dia bingkas bangun lalu mengejar aku. Aku berlari-lari anak meninggalkan abang. Kami ketawa keriangan dengan disaksikan oleh camar dan perahu-perahu nelayan. Kegembiraan dan kemesraan tidak berakhir di pantai itu saja tetapi berpanjangan kerana kami berdua yang menjadi permata ibu. Mengapa tidaknya, kamilah jua yang dilahirkan untuk menyambung keturunan ayah.
Walau hidup dalam kemiskinan tetapi ayah masih mampu membahagiakan kami. Hasil titik peluh ayah sebagai nelayan telah membolehkan kami mengenal a,b,c. Kebahagiaan lebih terbayang lagi apabila abang lulus cemerlang dalam peperiksaan SPMnya. Bahkan sinar kebahagiaan kami makin menyerlah bila abang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti. Oh! gembiranya hati ibu dan ayah ketika itu, tetapi tidak pula aku. Tiga hari sebelum itu, aku melihat perubahan pada diri abang ketika itu. Aku tertanya-tanya. Ibu mengadakan sedikit kenduri kesyukuran. Aku .... aku tidak senang dengan perubahan abang yang hanya senyum sumbang ketika ayah kegembiraan menceritakan impiannya yang telah menjadi kenyataan.
Abang tidak seriang dahulu, bahkan sebulan sebelum pemergiannya ke Kuala Lumpur dia sering pulang lewat. Aku bertanyakan ayah, tetapi ayah menyatakan abang pergi jumpa kawan-kawannya. Aku tidak gembira dengan jawapan itu. malah menafikannya. "Abang, kenapa abang berlainan sekali. Muka abang pucat dan sering pulang lewat". soalku pada suatu hari. Abang membisu seribu kata. Kelakuan abang amat melukakan hatiku. Keadaannya berlarutan sehinggalah hari yang dinantikannya. Kami mengiringi pemergian abang dengan tangisan berbaur harapan.
Hari demi hari berlalu, surat abanglah yang sentiasa kunantikan. Aku bangga dengan abang. Walaupun dibebani dengan kerja-kerja kuliah tetapi masih ada masa untuk mencoretkan warkah buat kami. Sedikit demi sedikit keraguan dan kesangsian aku terkikis terhadap abang. Malah aku menjadikan kejayaan abang sebagai pedoman ketika menghadapi pelajaran. Bila kesunyian mencengkam, aku kembali ke pantai yang menjadi saksi kasih aku kepada abang. Ibu dan ayah juga seperti aku. Setiap kali menunaikan solat, mereka tidak lupa mendoakan kejayaan untuk abang. Kerinduan kami terubat juga apabila abang pulang menjengah kami sekali-sekala pada hujung minggu.
Tapi kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Kegembiraan kami berakhir dengan sepucuk telegram. Gementar sekali tanganku ketika membacanya. "Abang....! mak, abang kemalangan," aku memberitahu ibu. Aku mententeramkan ibu yang menangis dengan kata-kata manis sedangkan aku sendiri sebak. Ayah bagai tidak percaya dengan berita itu. Mujurlah kesabaran masih menebal di dada kami. Dalam perjalanan menziarahi abang, kami membisu seribu kata. Segala kemesraan abang terus menerus bermain di kotak fikiranku. Abang ditempatkan di wad kecemasan. "Mengapa abang jadi begini?" ratap hatiku sebaik sahaja melihat abang. Hatiku pilu bagai dihiris sembilu.
Abang begitu lemah sekali. Namun dia masih mampu melemparkan sekuntum senyuman. Dengan tersekat-sekat abang meminta maaf dari ibu dan ayah, serta meminta aku mendekatinya. Aku menerpa den membaringkana kepala di dada abang dengan kepiluan yang teramat sangat. Aku terkejut. :Ida, abangmu sudah pergi" bisik ayah sambil mengesat airmatanya. "Abang....." aku meraung sekuat hati sambil memeluk tubuh abang yang tidak betnyawa lagi. "Abang... jangan tinggalkan Ida, bawalah Ida bersama," aku meratapi kematian abang. Berakhirlah sudah sinar kebahagiaan hidup kami. Jenazah abang selamat dikebumikan.
Kini tinggallah aku diuliti kenangan bersama abang. Dari ayah aku mendapat tahu punca kematian abang disebabkan oleh dadah. Benda jahanam itulah yang paling abang benci, tetapi bagaiman abang terlibat? DADAH!! keranamu aku kehilangan orang yang ku sayang. Sampai hati kau merampas abangku. Pantai semakin jauh, senyuman abang semakin tawar dan abang telah pergi, pergi yang tidak kembali lagi.
Dan aku berjanji akan menyambung impian ayah.
Setitik air hujan tempias ke muka ku lantas menyedarkan. Aku merasa pipiku basah. Buku-buku dan nota kemas tersusun di katilku. Aku bersendirian. Diluar hujan turun dengan lebatnya.
Karya : F. Hanam - 5A1
diterbitkan dalam Majalah Kelas LAS - 1990
p/s : kawe nak cepat nih. nak gi jumaat lak. Lain kali lah kawe cerita pasal pengarang nih. Tak dan dah nih.
Thursday, October 22, 2009
Wednesday, October 21, 2009
Jejak Sahabat
Rock..urrrrr
Duan, dimana kau ........ bla.. blu.. bra.. hee.. haa.. hii..(jampi skit, biar dia muncul) manalah tahu kot kot dia muncul.
Member nih, memang pemalu skit. Malu malu kucing. Dah lama tak jupe dia. mana dia menetap leni. Kali terakhir dengar ada kat Johor. Kali terakhir jupe kalau tak silap tahun 1999. Masa tu member ni baru balik Bosnia. Harap satu hari nanti dapat jupe ngan dia.
p/s : Kalau ada kawan kawan yang tau, beritahu kawe.
Notadidahi : Lama tak bersembang. Nak tahu juga perkembangan terkini
Istimewa Untuk Pelajar 5A1
Kali ni kita kenang balik sejarah lampau. Macam cikgu la pulak..

Berusahalah dari hari ini
untuk menanti hari esok
tanpa usahamu dari hari ini
tiada esok bagimu....
Ketahuilah......
langit tidak selalu cerah
terkadang terjadi jua
ranjau ranjau sepanjang jalan
dari itu
Berusahalah..... kerana
esok masih ada
untuk menentukan
esok untuk siapa
Nukilan : Azlita 91PDSB
diterbitkan dalam Majalah Kelas LAS - 1990
Notadidahi : Baca sajak ni teringat ko Datuk Jin Samsuddin

Tuesday, October 20, 2009
LELAKI GANTENG
Inilah pelajar pelajar lelaki ganteng 5A1 - 1990.
Tidak berada dalam ini gambar - Rosdi pasal dia nak jadi 'cameraman'.
Pada waktu ni, pelajar pompuan tidak dibenarkan masuk dalam dewan nih. Pasal pelajar lelaki nak release tension. Maklumlah dah dekat SPM. 25hb. October, 1990. Riuh rendah dewan tuh. Cikgu pun tak ambil port. malas nak layan budak tengah naik tocang.
Begitulah akrabnya geng geng nih. Mana pergi mesti dalam grup. Kalu tak 5, 6 orang satu grup. tapi kalu dah bergabung mesti jadi 11 orang. Biasanya kalu kita bergabung masa nak pergi perpustakaan, makmal, pastu kena marah pasal bising dalam kelas .... biasalah tu... Kalu tak kena marah, tak jantan namanya.
Grup pertama : matjiwang, lembut, sensitif, sivik, tak merokok, pemalu dan segala benda sopan ada pada grup nih.
Grup Kedua : rock urrr, lasak, sakit jiwa, baran, tahan kena maki, peduli apa kat orang, merokok dan segala benda nakal ada pada grup nih.
Notadidahi : Masa ni baru lepas main bola kertas dalam dewan. gileer ape.
Monday, October 19, 2009
1991 - 6 Rendah
Waktu pagi pagi, kelas mesti bising punya. Maklumlah, cikgu masa ni mana ada nak masuk lagi. Budak budak dah besar. tak perlu nak dirotan lagi. Tapi yang besar ni, jadi budak budak balik. Kalu dah jumpa, mana boleh dok diam. kawe waktu tu, pengawas. (ketua kelas dia kena jaga kelas, takut kelas tu runtuh. bukan budak budak yang dah besar)Dia nak melalak ko, memekik ko, menjerit ko, kawe mana tau. Yang kawe tau.....
kalau dah tak terkawal lagi...
"Banguuuuuuun....." itulah ucapan setiap kali bila cikgu atau cikgi datang.
Dan ayat tu lah juga boleh membuatkan budak budak besar jadi senyap serta merta. Yang penting nahu 'nguuuuuun' tu kena panjang.
"Banguuuuuuuuuuuun, assalamualaikum cikgu". Sebab dah besar, salam tu tak perlulah meleret. Kadang kadang tu kelas sebelah pun turut senyap. hee hee hee....
p/s : Sebenarnya ketua kelas tu budak lain. saja je nak menyakat. Budak budak ni pantang dengar perkataan bangun, tak kiralah sapapun yang ucap.

Martabak oooh Apam Balik

Semalam kawe singgah di pasar malam simpang jengka dekat Bukit Tajau. Lebih kurang kul 4 petang. Masa tu orang tak berapa ramai lagi. masih suam suam kuku. Peniaga peniaga masih lagi sibuk nak buka gerai masing masing.
Masa mula mula masuk di sebelah kanan kawe adalah makcik jual sayur dan lepas tu brader jual martabak, dan lepas tu air, sayur, dan macam macam lagi. Kalau tak silap kawe ada tiga tempat jual martabak. Kanan, dan kiri kawe.
Belakang kawe, bini dok mengekor pasal dia nak cari sayur untuk simpanan stok. So, tak bolehla nak berjalan laju takut tinggal dia kat belakang. Susah pulok. Dalam pada mula mula masuk tadi kawe dah "mark" dah brader yang jual martabak. Ok takpe balik karang kawe singgah beli martabak dia. (Nampak sedap...Brader tu dok belah kanan masa mula masuk tadi).
Kawe pun layanlah bini kawe beli sayur, ikan dan ulam ulaman dan tah apa apa benda lagi dia beli. kawe tak tau. Yang kawe tau dok angkat je barang yang dia sudah bayyar. Dah selesai membeli, tengah tengah bercakap ngan bini kawe, sambil berjalan untuk balik ke kereta, sampailah dekat kawan mula mula masok tadi.
" Martabak dua" Kawe cakap perlahan je. pasal barang banyak kat tangan dah tu tak sempat nak berfikir ngan normal pasal kawe dah "mark" tadi belah kanan.
Pada waktu tu, mata pun dah rambang pasal banyak sangat tengok benda. Brader tadi dah siap bungkus dan kawe pun tanpa berlengah lagi tanya " Berapa". Brader tu jawab "4 ringgit bang". Kawe pun bayar lah tanpa banyak soalan.
Dalam kereta kawe tanya bini kawe, "mana martabak tadi"
bini kawe jawab "bila masa pulak beli martabak"(dengan selambanya)
"Tadi, masa kuar tadi". bengang dah ni.... ada ka cakap takde beli.
"Abis tu yang bayar tadi pa benda" kawe tanya smula sebab tengok bini kawe selamba je.
*
*
*
*

Dah....mampuih!!!! macamana boleh tak perasan martabak ngan apam balik. Bini aku senyum jerrr. (dia memang minat ngan apam balik, kalau pasar malam kat rumah dia siap order apam balik special lagi....)
Tak merasa kawe martabak.
P/s : Lain kali, kalau beli tengok betul betul dulu. Jangan main ingat jeeee.
ralat: brader yang jual apam balik tuh. Dia tak dengar ko, kawe beritahu 'martabak' dua. At least, bunyi la skit 'apam ko martabak'. Ni tak bunyi langsung terus bungkus. Duit tau pulok bunyi.
Yang Untung - Bini kawe ngan tokey apam tuh.
Friday, October 16, 2009
Lahir Untuk Memimpin

Wakil Parlimen Bahagian Pekan

Pernah Menjadi Menteri Besar Pahang Pada Umur 29 Tahun

Sekarang Perdana Menteri Malaysia.
*
*
*
*
*
Sapa tak bangga angkat tangan.... eeemmm nampaknya.... semua tak angkat tangan, kira banggalah tu. Dok gitu wehhh.....
1990.....
Dalam Kenangan.
Yang dok bersalaman ngan Dato' Seri tu, Ketua Pengawas dan di awasi oleh Guru Besar, Cik Meriam.
YAB Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak pernah sekali datang ke SMDMM menerima jemputan pada Majlis Penyampaian Hadiah Dan Anugerah Pada Pelajar Cemerlang. Akhir tahun 1990. Pada waktu ni beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan sebelum bertukar portfolio kepada Menteri Pertahanan.
Masa MC umumkan nama untuk naik ke pentas, Dato'seri tersenyum (dalam hati dia berkata " bila masa pulok anak aku sekolah kat sini") dan senyuman itu meleret hinggalah habis bersalaman. Kawe tanya KP apasal Dato' Seri senyum?. KP jawab " dia ingat, aku anak dio". Kawe pun berlalu pergi meninggakan KP seorang.
Ralat : KP - Ketua Pengawas dan bukannya ketua mawas.hee hee hee.
Notadidahi : Gambar 19 tahun lepas jadi kurang cantik lah skit.
Thursday, October 15, 2009
Made In Ganchong - 2
Terlanjur dah buka laptop nih, kawe nak ceritalah satu lagi pasal saing kawe yang sorang lagi nih. Kalu cerita pasal pompuan memang dia tak cakap banyak sangat. Pasalnya, dia ni pun pemalu juga. Macam En. samsudin kita. Tapi kalau ajak bersembang "pooh paleh" kata orang pahang. Sembang sampai tak sedar cikgu ada kat belakang.Pastu siap ngan kacau orang lagi. Bila dia dah start bergebang rasa malu kat pompuan tadi terus hilang. Habis semuanya dia kacau.
Yang ni pun satu, kawe rasa masa sekolah dulu, takdok pun tokoh nak jadi cikgu. Kalau anggota keselamatan tu adalah. Tapi sedar sedar jadi cikgu. Pening palo kawe mikir.
Nama dia Mohd Azmi Kamaruzahid. La ni dah ada anak dua. Bini pun cikgu daa....
Ngajar pun dekat dekat kampung. Walaupun kampung dia pinggir bandar, kira kampung jugakla. Tapi asal usul pun dari kampung juga. Sejalur ngan Rosdi. Cuma jalur Rosdi tu pekat skit warna dia. Tu yang maintain kekal kat kampung. Azmi ni jalur dia , 'oghang kelate kata, boy boy ada'.
Yang kawe tak skor nya masa kawe gi rumah Sedi hari tu, dia pun ada skali. Pastu gi terus lah beraya kat ghumah dia di Syahbandar. Alhamdulillah, tengok kawan kawan pun senang. Lega jugok rasa hati.
notadidahi : Kes keta baru baru ni dah settle ko belum?

Nun Jauh Di Pulau
Ingat tak lagi masa kawe berjumpa ngan Kairudin dua hari lepas. Kairudin ada beritahu pasal si polan ada datang kerumah dia pada raya lepas. Ni nak cerita berkenaan ngan si polan yang tak bernama penuh lagi ni.. Sapa dia ye!!!.
Kali terakhir kawe jumpa pada Oktober 2000 nun jauh di Pulau Pinang. Masa tu kawe pergi bercuti untuk tenangkan mata setelah lama asyik mengadap duit je hari hari. Anak mata pun dah tukar jadi $. Memang kawe telah planning awal awal lagi untuk kesana. Sampai disana memang dia telah lama menunggu. Pergi sana naik bas, lepas tu naik feri pulak. Punyalah lama dok dalam bas. 12 jam tuh. Kerang buntut. (Macamana tahu nak eja keramng.. tak reti kawe, janji TST)
Selama dok sana, dia, kawe dan ada sorang lagi member pun dari Kuantan juga berjalan abis nok. Habis satu pulau tu kawe meronda. Cuma kat bawah pulau tu je yang kawe tak ronda. Takut lemas. Habis ronda pulau kawe gi Taiping pulok. Masuk zoo jadi budak balik.
Tu cerita masa bujang lah. Skang ni payah skit arrrr. Masing masing dah kawin.
Member yang kawe citer ni, kalu dalam kelas cukup pendiam. Tak banyak cakap, pemalu ngan pompuan. sepatah tanya, dua patah jawab. Itu dulu lah. Leleni sepatah tanya mau 14 patah jawabnya. Kalu tak pun sepatah kita jawab 15 soalan dia kasi.Kadang kadang segan juga nak bercakap lebih lebih takut tak terjawab pulok soalan dia.
Anak pun dah ada dua. Kerja di sektor awam sebagai pegawai. Kalu jupe mesti kena tabik, kalau tidak kena ketok ketampi 50 kali, ataupun berjalan itik pusing padang bola baling 2 kali.Tapi, apa apapun kawe “salute” kat dia, memang cita cita dia nak jadi pegawai polis. Termakbul juga doa mak dan ayah dia. Alhamdullillah.
Kawan kawan tentu ingat ngan Samsuddin Mamat. Kalu pakai seragam, “smart” giler.
Kalau tak silap kawe dua tahun lepas ada kuar TV pasal kes kat Penang. Itupun kamera silap fokus. hee..hee.hee.
Soalan : Bila nak balik netap kat Pahang pulok? Lama sangat dok merantau.
Ralat : Tabik, tuan.
Notadidahi: Takde tabik tabik springnya.... Ni real punya tabik.

Prof. Dr. Agus

Kawe tertarik ngan diskusi sebentar tadi mengenai perhimpunan agung UMNO di TV3 yang bermula pada pukul 9 pagi tadi.
Panelnya Dr. Agus yang mengatakan bahawa (lebih kurang macamni ayatnya)" antara punca sebab musabab ramai pembaca beralih kepada internet, blogging adalah kerana media kita, yang tidak berapa telus. tidak kiralah TV ataupun suratkhabar seharusnya lebih terbuka dalam menyiarkan berita. Barulah demokrasi yang sebenar".
Adapun cakap beliau nih masuk dek akal juga. Contohnya kawe, dulu kawe selau baca Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia. Lama tuh tukar pulak Berita Harian/Berita Minggu lepastu beli pulak Berita Minggu saja. Itupun nak baca Kartun Zoy sebab dah minat ngan lukisan dan ceritera dia. Leleni terus tak baca suratkhabar. Malas dah nak beli.
Sebab apa....
Tiap kali saya beli dan baca suratkhabar, saya kena pulak cari artikel/medium lain bagi mengesahkan apa yang ditulis itu benar. Tak ke namanya dua kali kerja. Penat wehhh. Dua kali kerja tu mungkin tak mengeluarkan duit, tapi nak mendapatkan medium yang kedua tu memerlukan duit. Sapa yang untung.... Syarikat Media juga.
Terpulang pada anda untuk menilai apa yang Dr Agus nilaikan tadi. Ini semua untuk kebaikan bangsa melayu.
p/s # Kawe bercakap ni atas kapasiti idea dan pemikiran kawe. tidak terlibat ngan mana mana penunjuk perasaan ataupun pendemonstrasi jalanan. *PEACE NO WAR*
Wednesday, October 14, 2009
Made In Ganchong
Tengah tengah dok menung teringat pulok pada saing kawe nih. Baru baru ning ada jupe ngan dia masa kenduri kat Ganchong. Kenduri adik dialah tu.(Dia dah buat kenduri dah beberapa tahun dahulu. Cuma nunggu nak buat yang anak dia pulok. bila..? tak tahu lagi..hee hee.. hee)
Mana pulak tu Ganchong?
1988.....

Ganchong kalau mengikut sejarah kawelah, tempat dimana kawe jatuh motor, lepas tu terhumban dalam semak tepi longkang. Nasib baik tak jatuh dalam longkang. Nak cerita pun malu. Pasal kawe yang pandu moto tu. Member ni dok belakang konon kononnya nak buat tattoo macam dalam pertunjukan askar tuh. (dia tak tahu kawe tak gheti bawak motor. suruh jugak. nasib baik takde mende mende.)Itu kali kedua kawe bawak moto.
Kali pertama nanti kawe cerita lain kali. Berbalik pada cerita tadi.
Rasanya dah setahun kawe tak jumpa dia. Last sekali bulan sepuloh tahun lepas. Dia macam dulu juga badan berisi tak turun turun. Anak nak masuk lima dah. Tunggu masa je. Alhamdulillah, kerja pun kira baguslah jugak. mendidik anak bangsa. Kalu tengok ko perangai masa sekolah dulu takdok gaya nak jadi cikgu. Tapi ... tu lah rezeki masing masing. Sekarang nampak gayanya memang menetap dikampung. Mengajar dikampung dan beranak pinak pun dikampung. Bini pun orang dekat dekat kampung.
Dee, kalau ada aktiviti nak mencari etok ko, ikan darat ko, hello kawe.
p/s * Ina kalau ada masak perut lembu singgang macam baru baru ni,suruh Sedi tepon kawe. Gerenti sampai ghumahnya. Boh seperiuk habis.
Notadidahi: "Kawe tobat, toksay dah bawak motor" (ucapan lepas jatuh motor masa kat Ganchong dulu. seingat kawelah....)

Orthospihon Stamineus
Hari ni saya nak buat promo skit....

Ini pokok herba misai kucing. Kenal tak?
Mempekenalkan ... Raja Misai.

Oop... silap, yang ni sebenarnya.

Raja Misai
Diperbuat 100% dari tumbuhan herba pokok misai kucing.

Adapun persiapan minuman herba misai kucing telah lama digunakan sebagai herba diuretic yang selamat. Herba ini banyak terdapat di negara negara Asia Tenggara dan telah digunakan dalam perubatan tradisional.
Diperbuat daripada 100% tumbuhan herba misaim kucing, ditanam secara organic serta kaya dengan bahan bioaktif.
Antaranya Beta-Karyophyllene, Beta-Karotene, Alpha-Carotene, Alpha-Humulene, Caryophyllene Epoxide, Eupatorin, Sinensetin dan Salvigenin.
Tanpa pewarna, tanpa bahan pengawet, tanpa perisa dan tanpa campuran. Sesuai diminum oleh semua golongan dan semua peringkat umur.
Selain dari memiliki aroma yang unik dan menyegarkan, teh herba Misai Kucing secara tradisionalnya berkesan untuk:
• Menyingkirkan toksik dan mencuci darah
• Menghilangkan panas badan
• Menambahkan tenaga dan kecergasan badan
• Menurunkan kadar kolesterol dan berat badan
• Mengawal tekanan darah tinggi
• Mencuci buah pinggang (Ginjal)
• Mencegah dan melarutkan batu karang
• Melawaskan buang air kecil/besar dan sembelit
• Merawat kencing manis (Diabetes)
• Melegakan sakit pinggang dan sendi
• Menyingkirkan asid urik dan merawat sakit gout
• Masalah rahim, keputihan dan daya seksual
PENAFIAN:
Produk ini adalah tidak dikhususkan bagi menguji, merawat dan menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan secara klinikal dan ianya adalah sebagai satu amalan tradisional.
Begitulah adanya cerita berkenaan produk ini.
Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan produk ini.
Harga pasaran RM15.00
Terdapat 30 uncang dalam satu peket.
Satu uncang beratnya 2gram jerrr.
P/s * Jangan risau, tiada satupun misai binatang yang bernama kucing berada dalam produk ini. walau satu hooon pun.

Kalu tengok gambo tu memang kucing tu ada misai. Tapi yang kawe nak cerita ni pasal sejenis tumbuhan misai kucing. Jangan risau dalam cerita ni ataupun bukan dalam cerita ni takde sehelai pun misai kucing yang tercabut. Tak baik menganiayai binatang. Bedosa tau.
Nama kot melayunya Misai Kucing, kot inggerisnya Java Tea
Tajuk tadi tu nama saintifik kot
Seperti yang kawe citer semalam pasal Kairudin, ni nak citer pasal produk dialah ni.
Memperkenalkan …. Jeng jeng jeng
Raja Misai
Diperbuat 100% dari tumbuhan herba pokok misai kucing.
Adapun persiapan minuman herba misai kucing telah lama digunakan sebagai herba diuretic yang selamat. Herba ini banyak terdapat di negara negara Asia Tenggara dan telah digunakan dalam perubatan tradisional.
Diperbuat daripada 100% tumbuhan herba misaim kucing, ditanam secara organic serta kaya dengan bahan bioaktif.
Antaranya Beta-Karyophyllene, Beta-Karotene, Alpha-Carotene, Alpha-Humulene, Caryophyllene Epoxide, Eupatorin, Sinensetin dan Salvigenin.
Tanpa pewarna, tanpa bahan pengawet, tanpa perisa dan tanpa campuran. Sesuai diminum oleh semua golongan dan semua peringkat umur.
Selain dari memiliki aroma yang unik dan menyegarkan, teh herba Misai Kucing secara tradisionalnya berkesan untuk:
• Menyingkirkan toksik dan mencuci darah
• Menghilangkan panas badan
• Menambahkan tenaga dan kecergasan badan
• Menurunkan kadar kolesterol dan berat badan
• Mengawal tekanan darah tinggi
• Mencuci buah pinggang (Ginjal)
• Mencegah dan melarutkan batu karang
• Melawaskan buang air kecil/besar dan sembelit
• Merawat kencing manis (Diabetes)
• Melegakan sakit pinggang dan sendi
• Menyingkirkan asid urik dan merawat sakit gout
• Masalah rahim, keputihan dan daya seksual
PENAFIAN:
Produk ini adalah tidak dikhususkan bagi menguji, merawat dan menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah kesihatan secara klinikal dan ianya adalah sebagai satu amalan tradisional.
Begitulah adanya cerita berkenaan produk ini.
Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan produk ini. Kalau tak malu boleh hubung terus dengan tuanpunya produk. Alah…… bukan orang lain kawan kawan jugak.
Harga pasaran RM15.00
(Harga kat kedai lain lain - melebihi harga pasaran. haa.. haa.. haa..)
Terdapat 30 uncang dalam satu peket.(kat kedai lain lain - 20 uncang jer...)Satu uncang beratnya 2gram jerrr. (kat kedai lain lain - tak gi timbang la pulok...)
p/s * kalu tanya ngan kawe pasal bahan bioaktif tu gapodia, memang kawe tak tahu. (Nak kena gi jupe smula ngan tuan punya produk nih.....)
Notadidahi:
Nama produk Raja Misai. Bapook engkeng bunyi. Tapi…..
konpius sikit nih.. tuanpunya takdok pula misai. Konpius 2X
Tuesday, October 13, 2009
Update Terbaru

Gambar ni tidak berkenaan dengan ini cerita. Saje je kawe minat.
Tengahari tadi masa dok nengung tak dok mende nak buat. Ambil tipon pastu try lah dail mana mana nombor yang rasa boleh guna lagi. Kawe pun cubalah dail....019-9......
tuut....tuut ..tuuut. Lama la jugak. Takde orang angkat. Takpelah nanti kalau dia tengok ada missed call. dia mesti call semula. Betul apa yang diduga... Dia call smula. Hellooooo sapa tuh.. (saja je nak test...) "Ni sapa" dia tanya. "Orang la" kawe jawab." Awak ada call saya ke tadi" katanya lagi. Ingat nak ngenakan dia tapi takut pulak dia letak gagang. Tak dapek den nak cakap lama. "Kawe ni, zul, ingat tak lagi. " Ingat bakpo tak ingatnya" jawab dia.
Sapa dia......?
Sebelum ni kawe ada beritahu pasal sorang budak yang kerja kat SUK. Tapi hari ni dia menyerah diri beritahu dia dah lama pindah jabatan. Dok Pejabat Daerah la pulak.
Kalu tahu dok situ, kawe gi jupe dia masa nak sain tukar nama rumah hari tu.
notadidahi : apa kena mengena rumah ngan tanah pulak. Itulah, takde pulak kawe jupe rumah dok atas angin. Kalau tidak mesti gi Pejabat Angin. hee.. hee..
Jupe Jugak Akhirnya.
Jangan terkejut kalau baca tajuk atas tuh...
Bunyi macam gempak je.
Nih ada membe sorang ni. Dulu masa bujang hari hari jupe. Kalau tak jupe takleh. Macam ada miss sesuatu (saspen nih). Kadang kadang tido rumah sewa dia. (Bukan pompuan laa). Padahal rumah sendiri dekat jer. tapi saja je nak menyemakkan rumah sewa tuh..
Bulan puasa baru baru ni, adalah call dia pasal produk yang dia pasarkan. Kawe cakap nanti dua tiga hari kawe gi ahh jupe demo... (Ayat baik punye)... Yelah.. dua tiga hari kalau dah kali ngan sepuloh jadilah 30 hari. Petang semalam baru jupe dia. Pergi ofis dia pastu sembang sembang sambil hisap rokok. posa kan dah abis jadi bolehla isap rokok depan orang ramai. (haa haaa. dengan bangganya.)
selesai sembang dia pun berilah barang yang dia pasarkan tuh... Kawepun apalagi ambil lah. Dah orang beri, ambil. tengok tengok pastu selidik skit-skit. OK gak barangnya.
Selesai lah cerita barang tu, nak tahu apa barang nanti saya ceritakan kemudian hari. Tak tahulah bila kemudian hari tuh.. (paham paham sendiri je lah...kalau 2-3 hari dah macam sebulan ni pulok kemudian hari... hee hee hee)
Berbalik pada cerita kawan ni.. Dalam pada borak borak dia pun beritahu, "itu hari ada si polan ni datang umah aku, tapi tak lama kejap je. on the way nak balik Penang." katanya.
Nak tahu sapa si polan tu.. tungguuuuuuu.
Jupe jugak akhirnya.
Kawan saya dalam cerita ni sapa lagi kalo bukan Kairudin Ab. Latip. Dah kahwin dah. Anak 5 beb...
p/s * barang semalam berapa ringgit lupo lak nak tanya harga. Main ambil jerr. Pastu siap wak balik lagi. Dah la tak bayar. Orang kelate kato "mapuh nega ngan demo"."Takpe Din, nanti kawe bayar lepas kawe promosi barang demo."
Notadidahi .. barang tu kawe nok wat demonstrasi
Kawe dah try semalam. Hari ni napak skit hasil dia...

Signal ooooo signal

Saya telah memandu kenderaan sejak berbelas tahun. Dari dulu hinggalah sekarang signal memang sedia terpasang pada setiap kenderaan. Tak kiralah apa kenderaan sekalipun baik motosikal hinggalah lori dan bas. Setiap kenderaan mesti ada etika pemanduan yang tersendiri.
Lampu brek berwarna merah, lampu undur kebiasaannya berwarna putih dan signal berwarna kuning. Itu yang termaktub dalam pemikiran pemandu yang berhemah dan berdisiplin.
Tapi alaf ini zaman teknologi dan citarasa pun turut berubah. Mencari kelainan adalah satu kemestian pada zaman sekarang tanpa ia menyedari telah menyusahkan segelintir pemandu. Apa yang saya turut terkilan adalah signal pun turut di tukar kepada merah hingga menyukarkan pemandu di belakang untuk meneka apakah kenderaan di depan mahu membelok atau membrek kenderaan.
Ini pernah saya alami ketika memandu dari Kota Bharu ke Kuantan. Sebuah kenderaan di hadapan saya bersignal merah cuba untuk membelok masuk ke simpang dan nasib baik saya sedari bahawa kenderaan tersebut cuba untuk membelok, sebaliknya kenderaan di belakang saya tidak menyedari kerana pada pandangannya mungkin kenderaan dihadapan saya brek untuk memperlahankan kenderaan. (yelah signal warna merah… ingatkan nak brek)Lalu beliau cuba untuk memintas saya dan kenderaan di hadapan saya. Tiba tiba …… jeng jeng.. jeng… kenderaan hadapan saya membelok ke kanan dan kereta yang cuba memintas saya secara tiba tiba juga membrek secara mengejut dan berjalan seiring dengan saya. Nasib sempat brek……….
Saya pun terfikir kalau sekiranya kenderaan tadi ditakdirkan berlanggar, bagaimana dengan nasib saya? Pemandu dihadapan? dan kenderaan yang cuba memintas? dan kenderaan di belakang saya?. SIAPA YANG HARUS DISALAHKAN? Adakah mereka dan keluarga mereka?...
Kerajaan telah melancarkan berbagai kempen dan operasi namun masih lagi ada segelintir yang tidak mengendahkan saranan dan nasihat pihak berkuasa.
** saya tidak pasti samada lampu signal berwarna merah dibenarkan oleh JPJ, tapi yang pasti ia bakal menyusahkan pemandu lain.
p/s – sekadar renungan dan tidak berniat untuk menyinggung mana mana pemandu.
Masing masing mempunyai alasan tersendiri.
Monday, October 12, 2009
Suatu Senja Di Tepi Laut
Pada petang itu aku mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran setelah seharian aku membuat kerja-kerja rumah dan juga mentelaah buku pelajaran yang sangat aku sayangi. Aku selalu berehat ditepi pantai yang berada tidak jauh dari rumahku. Di pantai itulah aku selalu menenangkan fikiranku kerana udaranya yang bersih dan aku dapat melihat keindahan laut ciptaan yag maha Esa.
Aku pergi bersama-sama sahabatku Habibah. Habibahlah yang sering menemaniku apabila aku meminta dia menemaniku untuk pergi ke pantai ini.” Leza, mengapa kau asyik termenung saja”, tanya Bibah kepadaku. Aku hanya menggelengkan kepala dan tersenyum hambar. “Mari kita pergi bermain-main di tepi pantai” Bibah mengajak aku. “ Kau sajalah yang pergi Bibah, biiarkan aku di sini”, kataku.
Aku duduk sendirian di bawah sepohon pokok yang rendang. Aku tersenyum sendiri melihat Bibah berlari-lari anak di pinggiran pantai sambil ketawa keriangan. Aku mengelamun sendirian mengingati kisah-kisah silam yang telah jauh aku tinggalkan. Aku masih teringatkan pada suatu peristiwa yang kini masih lagi terbayang-bayang di ruang mataku. Bagaimana seorang insane yang aku sayangi telah pergi menyahut seruan Ilahi. Perginya tidak kembali lagi. Yaa… dialah kakakku. Aku terlalu mengasihaninya bukan hanya disebabkan kami mempunyai pertalian darah, tetapi….. dia merupakan seorang kakak yang pengasih dan penyayang. Aku masih ingat suatu hari, aku telah diajak oleh kakakku Sarinah untuk bersiar-siar di tepi pantai setelah seharian bekerja keras. Kakak tidak pernah lokek dengan senyuman walau dengan sesiapa saja. Di bibirnya selalu mengukirkan kuntum-kuntum senyuman biarpun di dalam kedukaan. Aku seringkali mengajukan pertanyaan kepadanya apabila kulihat riak-riak perubahan menguliti wajahnya. Tetapi kakak hanya menjawab, “kakak taka apa-apa, kak sihat”, jawab kakakku. Itulah jawapan yang sering dikeluarkan padaku. Hakikatnya aku terima walaupun jawapan itu tidak memuaskan hatiku.
Pada suatu petang yang mendung dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa lalu kakak mengajak aku bermain di pergigian ombak. Setelah puas bermain, kami mengumpul kulit-kulit kerang dan siput dan kami berehat sebentar. Kakak mengajak aku mandi di laut. Dia segera berlari-lari anak menuju ke gigi air dengan penuh kegembiraan. Kakak berenang-renang keriangan, tanpa disedari tiba-tiba gulungan ombak yang besar menerjah ke arah kami. Aku menjerit memanggil kakakku supaya menuju ke tepi pantai tetapi…… sudah terlambat. Cuma sekali aku terpandang lambaian yang sayu dan hilang ditelan ombak. Aku menjadi kaget, tidak dapat berbuat apa-apa. Setelah sedar aku menangis dan meraung sekuat-kuat hatiku. Duniaku rasakan gelap. Tragedi yang ngeri itu telah meragut nyawa kakak kesayanganku. Oh Tuhan, mengapa kau pisahkan aku darinya bisik hatiku sendirian. Tanpa aku sedari, air mataku mengalir membasahi pipi.
“Leza, kau menangis” aku tersentak dengan teguran Bibah. Aku tidak menyedari kedatangan Bibah, tiba-tiba sahaja ia berada di sisiku.
“Tidak Bibah, aku tidak menangis” aku cuba membohongi kawanku itu.
“Marilah kita balik Leza, hari dah petang ni”. Bibah mengajakku pulang.
Dengan perasaan yang berat, aku pun meninggalkan tempat itu.
Karya : Leeza Rahman
diterbitkan dalam Majalah Kelas LAS SMDMM – 1990
p/s : Masih lagi tercari cari siapakah nama sebenar di sebalik samaran ini.
Tuan punya diri menjelmalah didalam blog ku ini.

Teman
Anak sepupu kepada Anida merangkap anak saudara saya. hee..hee..hee..
Kali ni saya paparkan pula karya Anidatul Akma. Kali terakhir saya berjumpa dengannya semasa bertandang ke rumah adik ipar saya di Panching Selatan. Kalau tak silap tahun 2004. Kebetulannya beliau adalah sepupu kepada adik ipar saya. Dan selepas itu adalah sekali saya beraya dirumahnya tapi tidak ingat pada tahun berapa. Rasanya dah lama tak berjumpa dengannya. Sekarang bekerja di pejabat SUK Negeri. Suami si nida ni baik juga orangnya,peramah. Shahrul kadang kadang ada juga menghubungi saya bertanya tentang kereta. Maklumlah pada masa tu saya ni agen jualan kereta.Tu lama punya ceritalah.....
Datangmu kunanti
Hilangmu ku cari
Pergimu kurestui
dengan rela hati…..
Teman…..
Walaupun kini kau tiada lagi
segala budi baikmu ku ingati
semoga tuhan merestui
selama penghidupanmu di bumi ini…..
Teman…..
Kini aku kesepian
Tanpa hilai tawamu….. teman
walaupun kau hilang dari pandangan
Namun bagaikan terngiang-ngiang kedengaran
Semoga Tuhan mencucuri rahmat
Ke atas rohmu….. teman
Hasil nukilan : Jhobot & Khomot
diterbitkan dalam Majalah Kelas LAS SMDMM – 1990
Emmm...macamanalah dia dapat idea nak bubuh nama tu? pening dok mikir.
Itulah yang syok dengan diaorang ni. Idea tak terpikir dek akal.
Buluh Runcing Satu

Terharu dan sedih setelah melihat Majalah 3 yang disiarkan pada malam ahad lepas. Betapa kerdilnya manusia apabila melihat takdir Allah. Setiap apa yang berlaku pasti ada baik dan buruk. Luluh hati melihat mangsa korban yang terlalu ramai, dan juga mangsa yang terselamat kehilangan tempat tinggal, bergantung dan kehilangan kasih sayang. Namun percayalah Allah menyayangi setiap umatnya.
Cuba kita renung-renungkan,
mengapa musibah ini terjadi di negara yang mana penduduk islamnya paling ramai didunia?
Mengapa bencana melanda setiapkali selepas ataupun semasa musim perayaaan?
Dan mengapa ia berlaku di kawasan yang mana penduduknya masih lagi mengamalkan dasar dasar islam sebenar.
Mungkin kita pernah mendengar “Serambi Mekah” bukankah bencana ini banyak berlaku di kawasan ini.
Bagaimana dengan “Serambi Mekah” di Malaysia. Mintak dijauhkan segala bala dan musibah. “Kawe Anok Kelate wehhh”. IC ada cop 03 lagi tu….

Mana buluh runcing ni… sepatutnya dah sampai 9hb. Payah kalu main odasaja. Entah dah "packing" belum lagi nih.
ORDER CANCELLED. Dah siap packing nanti hantar ko Israel.
Pesanan : satu rumpun, satu bahasa, satu agama, mengapa harus berperang?
PEACE NO WAR
Saturday, October 10, 2009
Boleh ke.....
Bila saya ceritakan saya ada blog, adalah kawan saya yang terkejut. Masa bila pulak budak ni buat blog. Hari hari dok minum air sekali, pastu balik buat kerja sambung rumah. Malam tido. Bangun pagi pegi keje semula. Itulah rutin harian saya. Yelah mungkin ada betulnya telahan dia tu. Kat kawasan perumahan saya belum ada talian telekom (perumahan baru), broadband tak boleh nak capai kalau ada pun stakat satu bar tengah tengah menulis line putus. Dah nak buat camne.....
Itulah , saya pun terfikir boleh ke aku buat blog ni. takut hangat hangat tahi ayam. panas sekejap je. pastu tidorrrr..............
Insyaallah, saya akan meneruskan blog ini untuk mencari kawan kawan yang telah lama menghilang dan merapatkan kembali jurang jarak antara kita.

Friday, October 9, 2009
Oktober 90' Dalam Hitungan
Karya ini adalah hasil dari seorang pelajar lelaki. Tegas dan pendiam tapi berisi.
Mohd Arshad Mahussin. Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada tahun 2007 kalau tak silap. Pertemuan secara kebetulan saya makan di sebuah kedai berdekatan di tempat kerja saya dan beliau pun singgah untuk makan. Mungkin disebabkan beliau datang dengan kawan-kawannya maka perbualan tidak dapatlah terlalu panjang. Cukup sekadar bertanya khabar.Kalau tidak silap beliau bekerja/mengajar sebagai Chef di sebuah IPTS.
Nukilan beliau :
Sukar nak dicuba-cuba lena
di bawah ranting-ranting masa
yang ditelan usia
selaut jihat dan seulis pena
menjadi bekalan kita
dalam menyahut keramat
ditanggal Okt 90'
Seringkali kita menunduk bertafakur
disebalik remang-remang qada dan qadar
meniti resah berganti gelisah
dalam santun tangan mengadah
dan waktu ini pasrah hati menyerah
mengharap ketentuan baiknya
Kita mungkin serasa kecut
di atas kecutnya layar usaha
sedangkan ombak rintangan kian menggila
di dalam dupa dan alpa
kerana kantuk di ranjang celaka
kemandulan benih ketabahan, kerajinan
tekun berbekas luka akhirnya
Medan ini..........
terasa kita adalah Khalifah besar Habawai
juga pengemis ilmu yang berkumis dan hanyir
meriba keunggulan atau pengkianat bangsa
yang membaja jalang lagi celaka kezaliman
dalam menjunjung amanat bonda
Di sin aku masih utuh berdiri
di celah-celah kelopak fantasi
kulepaskan sekandang harapan
Shahdan kita kepinginkan perjuangan
dan kejayaan dari jerih perih
sebaja bayaran dari kekeringat yang mengalir
tanpa mengenali erti jemu....
Karya : Mr. Joe - 5A1
diterbitkan dalam Majalah Kelas LAS SMDMM - 1990
p/s * bait bait ayat yang diungkap. metaforanya amat indah
baru karya lelaki. belum karya perempuan lagi.

Thursday, October 8, 2009
Padi
MALANG TIDAK BERBAU
Aku sedang duduk di ambi rumah menikmati kedinginan angin petang yang nyaman. Tiba-tiba mataku ditutup rapat oleh jari jemari yang kecil molek. Kemudian kedengaran ketawa kecil oleh adikku yang masih berusia empat tahun.
" kau sungguh nakal, Emy, lain kali jangan buat macam tu lagi tau," kataku kepadanya." Ala, apa salahnya. Emy bergurau je." jawab Emy dengan petahnya. " Kak...... esok kita tengok wayang ya?"
"Tak boleh Emy, esok kakak sibuk" jawabku selamba.
"Ala.. kak, esokkan cuti!!!!
" Tapi.....emm tak apalah. Esok kita tengok wayang tulah.."
"terima kasih kak.." Emy berlari lari kegembiraan.
Aku terpaksa berbuat demikian kerana aku tidak mahu mengecilkan hatinya. Lagipun aku amat menyayanginya.
Esoknya, pukul 6.45 petang kami bersiap-siap untuk pergi.Emy sudah tidak sabar sabar lagi menunggu aku yang masih lagi bersiap siap, lalu melaung memanggilku. " Kak cepatlah. Nanti cerita tu dah nak start."
" Ialah kakak dah siap ni," jawabku sambil tergesa gesa keluar dari bilik.
Di dalam panggung Emy sungguh gembira dengan cerita kartun yang ditayangkan itu. Apabila cerita itu selesai, kami keluar dari panggung. Aku memegang erat tangan Emy supaya tidak kehilangan. Kemudian kami tiba di perhentian bas. Beberapa jam lamanya kami menunggu, tapi bas tidak jua kelihatan. Emy telahpun menguap-nguap beberapa kali. Maklumlah jarum jam telah menunjukkan angka sebelas lebih. Aku mula menjadi resah. Akhirnya aku sudah tidak tahan menunggu lebih lama lagi, lalu aku mengajak Emy berjala pulang. Emy bersetuju sahaja.
Beberapa lama aku berjalan, tiba-tiba kelihatan dua lembaga manusia, pada sangkaanku orang-orang kampung di situ sahaja. Tiba-tiba mereka menerpa kepadaku lalu mengugutku. Tetapi tidak semudah itu bagiku untuk mengalah dan sememangnya aku ialah salah seorang ahli tae-kwon do.
Aku menendang salah seorang dari mereka. Terhumban jauh di tepi longkang. Tetapi pemuda yang satu lagi itu mengeluarkan sebilha pisau. Diacu-acukannya kepadaku. Aku menjadi cemas dan lebih berhati-hati dengan tindak tanduknya. Dia cuba untuk menikamku tapi..... Emy datang menerpa untuk menyelamatkan aku. Malangnya pisau itu terbenam ke badan Emy. Darah merah menyembur-nyembur keluar dari perutnya.
" Emy....." aku menjerit sekua-kuat hatiku.
Apabila aku membuka kelopak mataku, aku dapati aku berada di atas katil rumahku. Aku terbau asap kemiyan dan kedengaran bacaan Surah Yassin sayup-sayup datang dari bilik sebelah. Aku bingkas bangun dan terus pergi ke bilik adikku, Aku menjadi kaget apabila melihat sekujur tubuh yang terbaring kaku dan tidak bernyawa lagi di atas katil. Emy!!!! aku jatuh disisi jenazah adikku, Emy. Aku menangis semahu-mahunya, ibu datang memelukku lalu memujukku dalam esakannya.
"sudahlah Shima, ini semua suratan takdir."
Ohh.. Emy, kau meninggalkan aku terlalu cepat, belum puas lagi aku menatapi wajahmu, kau telah pergi. Oh! maafkanlah kakakmu ini......
Karya ini adalah nukilan :-
Gadis Sepi...
diterbitkan pada Majalah Kelas LAS SMDMM - 1990
p/s * jangan main pisau lain kali. bahaya.....
Siapa gadis sepi ni....

Wednesday, October 7, 2009
Class Of 5A1 - 1990
Pelajar terdiri dari 37 orang.
11 lelaki
26 perempuan
1:3 tuuuu
Lelaki :-
Mohd Arshad Mahusin, Mohd Ridzuan Jaafar, Norfadhlie Mohd Arof, Norazman Mohd Nor, Mohd Azmi Kamaruzahid, Rosdi Dawi, Zulkhairi Ramli, Kairudin Ab. Latip, Ahmad Norshamsuri Junid, Shamsudin Mamat dan last sekali saya lah tu.
Perempuan :-
Siti Salmiah Sh. Mohamad, Rahimah Mohamad, Norhaiwa Ahmad, Norazlita Ahmad, Normiranizah Zainudin, Rosnaidah Mat, Norfadillah Awang Ngah, Liza Abd. Rahman, Zurinah Napis, Faridatul Hanam Ishak, Morliyati Ismail, Norfaridah Salleh, Nuliza Jamaludin, Noraini Mohamad, Siti Hebat Fatimah Sh. Ramli, Anidatul Akma Mat Taib, Nafilah Ismail, Shamsiah Mohd Ali, Norizan Simbok, Sarimah Ad. Mutalib, Rabitah Abdullah, Nor Roslina Jamilah Nordin, Roslidah Mohd Idros, Noraida Mustafa, Norhuda Ab. Rahman dan Zalina Zam Zam.
Ramainya pompuan. patutla kelas sentiasa riuh rendah.
Guru Tingkatan : Puan Tuan Minah
Tak lupa juga Guru Penasiha LAS : Puan Siti Fatimah (Masih mengajar lagi ke? ataupun dah naik pangkat)
Teringin juga nak tahu perkembangan terkini.
p/s * Sekiranya mengenali sipenama di atas ataupun tuan punya diri dapatlah menghubungi saya.

Lambaian Anak Sastera
1990 ........ 2009
Jarak masa yang agak lama - hampir dua puluh tahun. Dimana agaknya menghilang kawan kawan seperjuangan yang sama sama menuntut di zaman persekolahan. Kelas 5A1 tahun 1990 Sekolah Menengah Dato Mahmud Mat, Pekan, Pahang.(Kini dikenali sebagai SMK Dato Mahmud Mat)
Tersentuh hati bila melihat foto foto lama dizaman persekolahan. Bermacam ragam ..... rock urrr.
Kekadang banyak perkara yang mengusik hati, hiba, tawa hilai, usik mengusik, dan bermacam lagi perkara yang tak terfikir dibenak kepala.
Harap semuanya telah berjaya dengan karier masing masing.
Saya juga mengharapkan ada kawan kawan yang terbaca ruangan ini dapat mengimbas kembali kenangan lalu dan mungkin dapat berkongsi catatan. Manalah tahu dapat berkongsi idea dan mengeratkan kembali sillaturrahim yang telah lama menghilang.
Saya masih lagi menyimpan majalah kelas yang sama sama kita usahakan semasa di sesi akhir persekolahan. Insyaalah kalau ada kelapangan saya akan menerbitkan semula setiap hasil nukilan tanpa mengubah walau sedikitpun ayat yang terdapat dalam majalah tersebut.
Sesekali dapat bercerita dan mendengar kejayaan masing masing alangkah baiknya.
Kenapa sekarang????
Kenapa tidak 10 tahun dahulu?
Itulah yang terfikir dibenak saya pada masa ini.
Yang pasti pada masa itu kita terlalu sibuk mengejar kejayaan, mencari kehidupan, dan tak lupa juga mencari pasangan kot.
Ramai yang telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.. alangkah seronoknya.
Namun hidup harus diteruskan dan kenangan adalah sebahagian daripada kehidupan.
p/s * Buat rakan rakan - kenangan tetap memori dan tak akan bertukar jadi kereta atau kapalterbang. hee hee hee.....

Tuesday, October 6, 2009
Busybody @ Tubuh Yg Sibuk
Intro ....
Entah kenapa rasa penat dalam tubuh.
Mungkin lama sangat tak berurut atau tak pernah berurut langsung. Kalau difikir fikir sepanjang hidup ini kita telah menggunakan seluruh pancaindera dan segenap kerat sendi yang ada.
Mata - melihat apa yang TERSIRAT DAN TERSURAT, melihat tangan dan kaki melakukan kerja samada yang baik dan sebaliknya. Melihat keindahan alam ciptaan Allah yang maha kaya dan juga ciptaan manusia yang kekadang memusnahkan segala keindahan yang ada dan melihat mulut terkumat kamit.
Telinga - mendengar samada yang baik dan buruk, kuat dan perlahan, kadang kadang tak dengar langsung dan yang peritnya menerima hamburan dari mulut yang berbisa.
Hidung – menghidu bau yang menusuk kalbu dan tidak menusuk kalbu. Kalau kena bau yang perit boleh terbersin keluar melalui mulut.
Akal – apa yang terfikir samada baik atau jahat, pujian atau kejian, idea ataupun tepu akan terkeluar melalui mulut.
Yang akhir sekali paling sibuk kerana ia boleh mengakibatkan perang dan jatuhnya maruah diri dan juga bangsa…..
Mulut …………….......busy body kot
Tima kaseyyyyyy.

Monday, October 5, 2009
Rumah Terbuka Ke?
Letih .... kalau di ikutkan hati rasanya nak tidur je hari ni satu hari. Maklumlah semalam dari pagi sampai ke tengah malam buat kerja dan melayan tetamu. Pukul 1 pagi tadi habis mengemas rumah. Alhamdulillah, kengkawan yang janji nak datang semuanya ada dan yang tak disangka sangka kengkawan semasa saya bekerja di hotel pun turut sama hadir. Mungkin depa ada terbau saya ada buat makan makan sikit. Apapun kehadiran anda semua tetap saya hargai. Walaupun badan saya penat namun gembira kerana dapat berjumpa dan bercerita.
Yang syoknya kehadiran mereka semua silih berganti.(One by One)jadi dapatlah saya melayan mereka semua secara peribadi.
Kronologi:
Keluarga Jeff & Rozi, Soba Hayati
Keluarga Nas Ambiya & (hee..hee..hee)
Keluarga Shafawi & Masfizah
Keluarga Wan Johari & Zulear
Keluarga Jimi & Isteri
Haji Rahman & Isteri
Keluarga Man & Aida
Kengkawan semasa bekerja di Hotel G.......
Jiran tetangga
dan tidak dilupa KEDUA IBUBAPA yang terpaksa menyusahkan diri hadir. Ampun dan maaf dipinta.
Kepada sahabat/kengkawan yang lain... mohon maaf jangan salah sangka.... ini bukan rumah terbuka cuma secara kebetulan ada yang ingin bertandang dan mengeratkan lagi ikatan saudara sesama islam.
Namun jika ada yang ingin kerumah silakan, pintu rumah sentiasa terbuka untuk kengkawan semua.

Saturday, October 3, 2009
Raya lagi ke......
Raya lagi ke......? hari ni 14 syawal 1430. Dah dua minggu kita beraya sakan. Sampai ada yang dah tak terdaya nak berjalan ke sana sini untuk memenuhi undangan rumah terbuka. Syukur kerana kita masih lagi dikurniakan rezeki untuk menerima undangan dan jangan lupa pula untuk membuat undangan bagi memeriahkan bulan Syawal ini.
Esok saya akan menerima kehadiran kawan kawan lama semasa bekerja di sebuah institusi kewangan. Walaupun telah lama tidak berkongsi suka duka semasa bekerja namun masih lagi ada yang mengingati dan ingin berkunjung ke rumah. (rasanya sejak tahun 2005 *terima kasih kerana masih lagi ingat pada saya*)
Segala juadah untuk dihidangkan pada esok hari telahpun dan sedang disediakan oleh isteri saya dirumah. Seorang isteri yang penyabar dan tidak pernah mengomel walaupun diri keletihan.
Apapun kemeriahan raya ini harus diteruskan. Janganlah hanya di bulan Syawal sahaja kerana kunjung mengunjung sudah menjadi satu cara hidup kita. Yang jauh harus didekatkan, yang dekat harus dieratkan. Semoga silaturrahim antara kita terus berkekalan hingga ke akhir hayat.
Bermaaf maafanlah sementara hayat masih ada. Sekiranya ada terkasar bahasa, perlakuan, mohon ampun sesama kita.

Hidup ko....
Ada kala hidup tidak selalu ceria. Tidak seperti yang diharapkan. Ke sana sini tanpa ada sesuatu yang pasti. Mungkin tidak semua, tapi yang pasti sepanjang hidup kita pasti ada merasai pengalaman ini.
Ahhhh... mana mungkin bisa berlaku.
Begitulah lumrah hidup. Adakalanya kita rasa terpinggir dalam perjalanan hidup namun percayalah pada suatu hari nanti sinar kegembiraan akan terpancar pada wajah kita kerana disitulah akhirnya pencarian kita.
Pencarian yang hakiki adalah menuju jalan Allah. Beriman dan bertawakkal pada jalan Allah. Semua kehidupan akan berakhir, namun jalan mana yang dipilih tergantung pada kehendak diri. Setiap percaturan hidup perlu untuk dinilai, setiap perjalanan perlu untuk dibaiki bagi menuju kesempurnaan. Tiada yang sempurna di dunia ini. Setiap kita pasti ada cacat celanya. Kelemahan yang harus diperbaiki, kelebihan yang harus disederhanakan dan keangkuhan yang harus dikurangkan.
Saya bersyukur dan gembira kerana dapat juga saya mengejar apa yang saya hajati walaupun tidak sepenuhnya tapi cukuplah apa yang saya ada dan miliki. Semoga anda semua tidak menyisihkan saya. Perjalanan, kehidupan, pencarian harus di teruskan kerana kita tidak tahu bila masa kita akan keC2.(penilaian terletak pada pemikiran anda)
Yang baik datangnya dari Allah, yang jahat,tepu,kurang ajar,tak reti bahasa,lalok, datangnya dari kelemahan saya sendiri. Saya akan cuba untuk memberi yang terbaik kepada anda
p/s : kalau kurang manis tambahla gula.

Subscribe to:
Posts (Atom)