BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Friday, October 16, 2009

Lahir Untuk Memimpin


Wakil Parlimen Bahagian Pekan




Pernah Menjadi Menteri Besar Pahang Pada Umur 29 Tahun






Sekarang Perdana Menteri Malaysia.





*
*
*
*
*
Sapa tak bangga angkat tangan.... eeemmm nampaknya.... semua tak angkat tangan, kira banggalah tu. Dok gitu wehhh.....



1990.....
Dalam Kenangan.
Gambar ni ehsan dari Ketua Pengawas 1990 merangkap Ketua Asrama, Ketua Pengakap, Pemidato, Penyajak, Pemain Bolasepak, Bola Tampar, Lontar Peluru, Lompat Jauh dan yang sewaktu dengannya.
Yang dok bersalaman ngan Dato' Seri tu, Ketua Pengawas dan di awasi oleh Guru Besar, Cik Meriam.




YAB Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak pernah sekali datang ke SMDMM menerima jemputan pada Majlis Penyampaian Hadiah Dan Anugerah Pada Pelajar Cemerlang. Akhir tahun 1990. Pada waktu ni beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan sebelum bertukar portfolio kepada Menteri Pertahanan.


Masa MC umumkan nama untuk naik ke pentas, Dato'seri tersenyum (dalam hati dia berkata " bila masa pulok anak aku sekolah kat sini") dan senyuman itu meleret hinggalah habis bersalaman. Kawe tanya KP apasal Dato' Seri senyum?. KP jawab " dia ingat, aku anak dio". Kawe pun berlalu pergi meninggakan KP seorang.

Ralat : KP - Ketua Pengawas dan bukannya ketua mawas.hee hee hee.

Notadidahi : Gambar 19 tahun lepas jadi kurang cantik lah skit.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.