Mana pulak tu Ganchong?
1988.....

Ganchong kalau mengikut sejarah kawelah, tempat dimana kawe jatuh motor, lepas tu terhumban dalam semak tepi longkang. Nasib baik tak jatuh dalam longkang. Nak cerita pun malu. Pasal kawe yang pandu moto tu. Member ni dok belakang konon kononnya nak buat tattoo macam dalam pertunjukan askar tuh. (dia tak tahu kawe tak gheti bawak motor. suruh jugak. nasib baik takde mende mende.)Itu kali kedua kawe bawak moto.
Kali pertama nanti kawe cerita lain kali. Berbalik pada cerita tadi.
Rasanya dah setahun kawe tak jumpa dia. Last sekali bulan sepuloh tahun lepas. Dia macam dulu juga badan berisi tak turun turun. Anak nak masuk lima dah. Tunggu masa je. Alhamdulillah, kerja pun kira baguslah jugak. mendidik anak bangsa. Kalu tengok ko perangai masa sekolah dulu takdok gaya nak jadi cikgu. Tapi ... tu lah rezeki masing masing. Sekarang nampak gayanya memang menetap dikampung. Mengajar dikampung dan beranak pinak pun dikampung. Bini pun orang dekat dekat kampung.
Dee, kalau ada aktiviti nak mencari etok ko, ikan darat ko, hello kawe.
p/s * Ina kalau ada masak perut lembu singgang macam baru baru ni,suruh Sedi tepon kawe. Gerenti sampai ghumahnya. Boh seperiuk habis.
Notadidahi: "Kawe tobat, toksay dah bawak motor" (ucapan lepas jatuh motor masa kat Ganchong dulu. seingat kawelah....)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.