BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Friday, October 9, 2009

Oktober 90' Dalam Hitungan

Karya ini adalah hasil dari seorang pelajar lelaki. Tegas dan pendiam tapi berisi.
Mohd Arshad Mahussin. Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada tahun 2007 kalau tak silap. Pertemuan secara kebetulan saya makan di sebuah kedai berdekatan di tempat kerja saya dan beliau pun singgah untuk makan. Mungkin disebabkan beliau datang dengan kawan-kawannya maka perbualan tidak dapatlah terlalu panjang. Cukup sekadar bertanya khabar.Kalau tidak silap beliau bekerja/mengajar sebagai Chef di sebuah IPTS.
Nukilan beliau :

Sukar nak dicuba-cuba lena
di bawah ranting-ranting masa
yang ditelan usia
selaut jihat dan seulis pena
menjadi bekalan kita
dalam menyahut keramat
ditanggal Okt 90'
Seringkali kita menunduk bertafakur
disebalik remang-remang qada dan qadar
meniti resah berganti gelisah
dalam santun tangan mengadah
dan waktu ini pasrah hati menyerah
mengharap ketentuan baiknya
Kita mungkin serasa kecut
di atas kecutnya layar usaha
sedangkan ombak rintangan kian menggila
di dalam dupa dan alpa
kerana kantuk di ranjang celaka
kemandulan benih ketabahan, kerajinan
tekun berbekas luka akhirnya
Medan ini..........
terasa kita adalah Khalifah besar Habawai
juga pengemis ilmu yang berkumis dan hanyir
meriba keunggulan atau pengkianat bangsa
yang membaja jalang lagi celaka kezaliman
dalam menjunjung amanat bonda
Di sin aku masih utuh berdiri
di celah-celah kelopak fantasi
kulepaskan sekandang harapan
Shahdan kita kepinginkan perjuangan
dan kejayaan dari jerih perih
sebaja bayaran dari kekeringat yang mengalir
tanpa mengenali erti jemu....

Karya : Mr. Joe - 5A1
diterbitkan dalam Majalah Kelas LAS SMDMM - 1990

p/s * bait bait ayat yang diungkap. metaforanya amat indah
baru karya lelaki. belum karya perempuan lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.