BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Thursday, October 15, 2009

Made In Ganchong - 2

Terlanjur dah buka laptop nih, kawe nak ceritalah satu lagi pasal saing kawe yang sorang lagi nih. Kalu cerita pasal pompuan memang dia tak cakap banyak sangat. Pasalnya, dia ni pun pemalu juga. Macam En. samsudin kita. Tapi kalau ajak bersembang "pooh paleh" kata orang pahang. Sembang sampai tak sedar cikgu ada kat belakang.Pastu siap ngan kacau orang lagi. Bila dia dah start bergebang rasa malu kat pompuan tadi terus hilang. Habis semuanya dia kacau.
Yang ni pun satu, kawe rasa masa sekolah dulu, takdok pun tokoh nak jadi cikgu. Kalau anggota keselamatan tu adalah. Tapi sedar sedar jadi cikgu. Pening palo kawe mikir.
Nama dia Mohd Azmi Kamaruzahid. La ni dah ada anak dua. Bini pun cikgu daa....
Ngajar pun dekat dekat kampung. Walaupun kampung dia pinggir bandar, kira kampung jugakla. Tapi asal usul pun dari kampung juga. Sejalur ngan Rosdi. Cuma jalur Rosdi tu pekat skit warna dia. Tu yang maintain kekal kat kampung. Azmi ni jalur dia , 'oghang kelate kata, boy boy ada'.
Yang kawe tak skor nya masa kawe gi rumah Sedi hari tu, dia pun ada skali. Pastu gi terus lah beraya kat ghumah dia di Syahbandar. Alhamdulillah, tengok kawan kawan pun senang. Lega jugok rasa hati.

notadidahi : Kes keta baru baru ni dah settle ko belum?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.