BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Thursday, October 8, 2009

MALANG TIDAK BERBAU

Aku sedang duduk di ambi rumah menikmati kedinginan angin petang yang nyaman. Tiba-tiba mataku ditutup rapat oleh jari jemari yang kecil molek. Kemudian kedengaran ketawa kecil oleh adikku yang masih berusia empat tahun.
" kau sungguh nakal, Emy, lain kali jangan buat macam tu lagi tau," kataku kepadanya." Ala, apa salahnya. Emy bergurau je." jawab Emy dengan petahnya. " Kak...... esok kita tengok wayang ya?"
"Tak boleh Emy, esok kakak sibuk" jawabku selamba.
"Ala.. kak, esokkan cuti!!!!
" Tapi.....emm tak apalah. Esok kita tengok wayang tulah.."
"terima kasih kak.." Emy berlari lari kegembiraan.
Aku terpaksa berbuat demikian kerana aku tidak mahu mengecilkan hatinya. Lagipun aku amat menyayanginya.
Esoknya, pukul 6.45 petang kami bersiap-siap untuk pergi.Emy sudah tidak sabar sabar lagi menunggu aku yang masih lagi bersiap siap, lalu melaung memanggilku. " Kak cepatlah. Nanti cerita tu dah nak start."
" Ialah kakak dah siap ni," jawabku sambil tergesa gesa keluar dari bilik.
Di dalam panggung Emy sungguh gembira dengan cerita kartun yang ditayangkan itu. Apabila cerita itu selesai, kami keluar dari panggung. Aku memegang erat tangan Emy supaya tidak kehilangan. Kemudian kami tiba di perhentian bas. Beberapa jam lamanya kami menunggu, tapi bas tidak jua kelihatan. Emy telahpun menguap-nguap beberapa kali. Maklumlah jarum jam telah menunjukkan angka sebelas lebih. Aku mula menjadi resah. Akhirnya aku sudah tidak tahan menunggu lebih lama lagi, lalu aku mengajak Emy berjala pulang. Emy bersetuju sahaja.
Beberapa lama aku berjalan, tiba-tiba kelihatan dua lembaga manusia, pada sangkaanku orang-orang kampung di situ sahaja. Tiba-tiba mereka menerpa kepadaku lalu mengugutku. Tetapi tidak semudah itu bagiku untuk mengalah dan sememangnya aku ialah salah seorang ahli tae-kwon do.
Aku menendang salah seorang dari mereka. Terhumban jauh di tepi longkang. Tetapi pemuda yang satu lagi itu mengeluarkan sebilha pisau. Diacu-acukannya kepadaku. Aku menjadi cemas dan lebih berhati-hati dengan tindak tanduknya. Dia cuba untuk menikamku tapi..... Emy datang menerpa untuk menyelamatkan aku. Malangnya pisau itu terbenam ke badan Emy. Darah merah menyembur-nyembur keluar dari perutnya.
" Emy....." aku menjerit sekua-kuat hatiku.
Apabila aku membuka kelopak mataku, aku dapati aku berada di atas katil rumahku. Aku terbau asap kemiyan dan kedengaran bacaan Surah Yassin sayup-sayup datang dari bilik sebelah. Aku bingkas bangun dan terus pergi ke bilik adikku, Aku menjadi kaget apabila melihat sekujur tubuh yang terbaring kaku dan tidak bernyawa lagi di atas katil. Emy!!!! aku jatuh disisi jenazah adikku, Emy. Aku menangis semahu-mahunya, ibu datang memelukku lalu memujukku dalam esakannya.
"sudahlah Shima, ini semua suratan takdir."
Ohh.. Emy, kau meninggalkan aku terlalu cepat, belum puas lagi aku menatapi wajahmu, kau telah pergi. Oh! maafkanlah kakakmu ini......

Karya ini adalah nukilan :-
Gadis Sepi...
diterbitkan pada Majalah Kelas LAS SMDMM - 1990

p/s * jangan main pisau lain kali. bahaya.....
Siapa gadis sepi ni....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.