BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Wednesday, October 7, 2009

Lambaian Anak Sastera

1990 ........ 2009
Jarak masa yang agak lama - hampir dua puluh tahun. Dimana agaknya menghilang kawan kawan seperjuangan yang sama sama menuntut di zaman persekolahan. Kelas 5A1 tahun 1990 Sekolah Menengah Dato Mahmud Mat, Pekan, Pahang.(Kini dikenali sebagai SMK Dato Mahmud Mat)
Tersentuh hati bila melihat foto foto lama dizaman persekolahan. Bermacam ragam ..... rock urrr.
Kekadang banyak perkara yang mengusik hati, hiba, tawa hilai, usik mengusik, dan bermacam lagi perkara yang tak terfikir dibenak kepala.

Harap semuanya telah berjaya dengan karier masing masing.

Saya juga mengharapkan ada kawan kawan yang terbaca ruangan ini dapat mengimbas kembali kenangan lalu dan mungkin dapat berkongsi catatan. Manalah tahu dapat berkongsi idea dan mengeratkan kembali sillaturrahim yang telah lama menghilang.
Saya masih lagi menyimpan majalah kelas yang sama sama kita usahakan semasa di sesi akhir persekolahan. Insyaalah kalau ada kelapangan saya akan menerbitkan semula setiap hasil nukilan tanpa mengubah walau sedikitpun ayat yang terdapat dalam majalah tersebut.
Sesekali dapat bercerita dan mendengar kejayaan masing masing alangkah baiknya.

Kenapa sekarang????
Kenapa tidak 10 tahun dahulu?

Itulah yang terfikir dibenak saya pada masa ini.
Yang pasti pada masa itu kita terlalu sibuk mengejar kejayaan, mencari kehidupan, dan tak lupa juga mencari pasangan kot.
Ramai yang telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.. alangkah seronoknya.
Namun hidup harus diteruskan dan kenangan adalah sebahagian daripada kehidupan.
p/s * Buat rakan rakan - kenangan tetap memori dan tak akan bertukar jadi kereta atau kapalterbang. hee hee hee.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.