Intro ....
Entah kenapa rasa penat dalam tubuh.
Mungkin lama sangat tak berurut atau tak pernah berurut langsung. Kalau difikir fikir sepanjang hidup ini kita telah menggunakan seluruh pancaindera dan segenap kerat sendi yang ada.
Mata - melihat apa yang TERSIRAT DAN TERSURAT, melihat tangan dan kaki melakukan kerja samada yang baik dan sebaliknya. Melihat keindahan alam ciptaan Allah yang maha kaya dan juga ciptaan manusia yang kekadang memusnahkan segala keindahan yang ada dan melihat mulut terkumat kamit.
Telinga - mendengar samada yang baik dan buruk, kuat dan perlahan, kadang kadang tak dengar langsung dan yang peritnya menerima hamburan dari mulut yang berbisa.
Hidung – menghidu bau yang menusuk kalbu dan tidak menusuk kalbu. Kalau kena bau yang perit boleh terbersin keluar melalui mulut.
Akal – apa yang terfikir samada baik atau jahat, pujian atau kejian, idea ataupun tepu akan terkeluar melalui mulut.
Yang akhir sekali paling sibuk kerana ia boleh mengakibatkan perang dan jatuhnya maruah diri dan juga bangsa…..
Mulut …………….......busy body kot
Tima kaseyyyyyy.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.