
Kawe tertarik ngan diskusi sebentar tadi mengenai perhimpunan agung UMNO di TV3 yang bermula pada pukul 9 pagi tadi.
Panelnya Dr. Agus yang mengatakan bahawa (lebih kurang macamni ayatnya)" antara punca sebab musabab ramai pembaca beralih kepada internet, blogging adalah kerana media kita, yang tidak berapa telus. tidak kiralah TV ataupun suratkhabar seharusnya lebih terbuka dalam menyiarkan berita. Barulah demokrasi yang sebenar".
Adapun cakap beliau nih masuk dek akal juga. Contohnya kawe, dulu kawe selau baca Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia. Lama tuh tukar pulak Berita Harian/Berita Minggu lepastu beli pulak Berita Minggu saja. Itupun nak baca Kartun Zoy sebab dah minat ngan lukisan dan ceritera dia. Leleni terus tak baca suratkhabar. Malas dah nak beli.
Sebab apa....
Tiap kali saya beli dan baca suratkhabar, saya kena pulak cari artikel/medium lain bagi mengesahkan apa yang ditulis itu benar. Tak ke namanya dua kali kerja. Penat wehhh. Dua kali kerja tu mungkin tak mengeluarkan duit, tapi nak mendapatkan medium yang kedua tu memerlukan duit. Sapa yang untung.... Syarikat Media juga.
Terpulang pada anda untuk menilai apa yang Dr Agus nilaikan tadi. Ini semua untuk kebaikan bangsa melayu.
p/s # Kawe bercakap ni atas kapasiti idea dan pemikiran kawe. tidak terlibat ngan mana mana penunjuk perasaan ataupun pendemonstrasi jalanan. *PEACE NO WAR*
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.