BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Saturday, October 10, 2009

Boleh ke.....

Bila saya ceritakan saya ada blog, adalah kawan saya yang terkejut. Masa bila pulak budak ni buat blog. Hari hari dok minum air sekali, pastu balik buat kerja sambung rumah. Malam tido. Bangun pagi pegi keje semula. Itulah rutin harian saya. Yelah mungkin ada betulnya telahan dia tu. Kat kawasan perumahan saya belum ada talian telekom (perumahan baru), broadband tak boleh nak capai kalau ada pun stakat satu bar tengah tengah menulis line putus. Dah nak buat camne.....
Itulah , saya pun terfikir boleh ke aku buat blog ni. takut hangat hangat tahi ayam. panas sekejap je. pastu tidorrrr..............
Insyaallah, saya akan meneruskan blog ini untuk mencari kawan kawan yang telah lama menghilang dan merapatkan kembali jurang jarak antara kita.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.