Letih .... kalau di ikutkan hati rasanya nak tidur je hari ni satu hari. Maklumlah semalam dari pagi sampai ke tengah malam buat kerja dan melayan tetamu. Pukul 1 pagi tadi habis mengemas rumah. Alhamdulillah, kengkawan yang janji nak datang semuanya ada dan yang tak disangka sangka kengkawan semasa saya bekerja di hotel pun turut sama hadir. Mungkin depa ada terbau saya ada buat makan makan sikit. Apapun kehadiran anda semua tetap saya hargai. Walaupun badan saya penat namun gembira kerana dapat berjumpa dan bercerita.
Yang syoknya kehadiran mereka semua silih berganti.(One by One)jadi dapatlah saya melayan mereka semua secara peribadi.
Kronologi:
Keluarga Jeff & Rozi, Soba Hayati
Keluarga Nas Ambiya & (hee..hee..hee)
Keluarga Shafawi & Masfizah
Keluarga Wan Johari & Zulear
Keluarga Jimi & Isteri
Haji Rahman & Isteri
Keluarga Man & Aida
Kengkawan semasa bekerja di Hotel G.......
Jiran tetangga
dan tidak dilupa KEDUA IBUBAPA yang terpaksa menyusahkan diri hadir. Ampun dan maaf dipinta.
Kepada sahabat/kengkawan yang lain... mohon maaf jangan salah sangka.... ini bukan rumah terbuka cuma secara kebetulan ada yang ingin bertandang dan mengeratkan lagi ikatan saudara sesama islam.
Namun jika ada yang ingin kerumah silakan, pintu rumah sentiasa terbuka untuk kengkawan semua.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.