BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Wednesday, October 28, 2009

Rentak Dan Irama

Hari ni kawe rajin skit. Bolehla nak taip karangan yang panjang. Ceritera berkenaan ngan pelajar 5A1-90 yang diilham rasa oleh G.P.R & Liza. Sesedap rasa jerrr dia buboh.
Sapa sapa yang terkena nasib lerrr... Ini kawe copy tul punye. Takde cilok cilok. Baik punye ayat....(nak baca ni kena bergurindam...)

Assalamualaikum sembah dan salam,
sirih puan kami sorongkan,
bersama kita berseloka bergurindam,
sebagai penghibur hati yang rawan.

5A1 medan pertemuan,
lokasinya indah emas tempawan,
26 srikandi, 11 pahlawan,
SPM 90' Gred 1 jadi impian.

Hero kami pula, gagah gagah belaka,
kemana sahaja sering bersama,
hendak ke toilet pun bawa tentera,
kata mereka sehati sejiwa.

Puteri 5A1 manis berseri,
sentiasa bersama ke sana ke mari,
walau dipisah lautan api,
namun kemesraaan tetap abadi.

Cakapnya bersahaja, jalannya tenang,
bila berbicara menusuk di hati,
kalau berjumpa tak puas memandang,
Itulah Puan Tuan Minah form teacher kami.

Rosdi monitor yang baik hati,
selalu dreaming dan busy sekali,
Assistant monitor gemuk ya robbi,
itulah Roslidah empunya diri.

Ketua Pelajar menjawat jawatan,
buah rambai jatuhpun, jadi rebutan,
bila zulhimi bercakap, macam bunyi senapang,
tak ada siapa yang boleh larang.

Cikgu Bahar mengajar biologi,
nota diberi macam labi labi,
bila ujikaji mikro-organisma, kami tak jadi,
bakteria sakit itulah alasan kami.

Ke sekolah kita menuntut ilmu,
ilmu agama tugu ilmiah,
orangnya baik tapi pemalu,
itulah dia si Normiranizah.

Shamsuri dan Azman berlainan kerenah,
seorang pendiam seorang peramah,
sentiasa tersenyum walaupun marah,
jangan senyum sorang sorang sudahlah.

Orangnya sabar lembut sekali
Nuraini Jane gelaran diterima,
Norazlita pula, atlit kami,
dialah jaguh, dialah juara.

Time sekolah selalu tak hadirkan diri,
Ridzuan dan Noraida empunya cerita,
Rahimah pula study tak henti henti,
wajahnya bersahaja tetap pendiriannya.

Berlesung pipit manis sekali
kaki study di kelas kami,
orang lain mengantuk, dia tetap study
agaknya Sudin dan Salmiah nie pakai jampi.

Tak pernah stop menayang gigi,
Anidatul dan Liza selalu happy,
Zulkhairi Ramli teruna sensitif sekali,
silap silap usik dapat penampar free.

Dalam asrama duduk bertentangan,
Rosnaidah dan Faridatul bersuara hikmat,
Huda dan Faridah pula selalu berangan,
sebab itulah muka dipenuhi jerawat.

Orangnya berjawatan berkain ungu,
Zurinah menjadi kesayangan guru,
tapi bagi kami taklah begitu,
dialah .... kami komen nombor satu.

Dulu monitor sekarang bersara,
namun tokoh ketua masih ketara,
yang lain ketawa dia senyum aja..
kalau nak tahu Azmi orangnya.

Fielah dan Fadilah tak suka buang masa,
SPM 90 jadi sasaran,
business kacang langkah pertama,
syabas! Rabitah moga mogamu berjaya.

Arshad suka bercerita beria-ia,
membuat teman teman semua percaya,
orangnya smart alamak bertuahnya,
Tapi ke oversea... itulah cita citanya.

Siti Hebat Fatimah juruhebah kita,
mengusik orang itulah hobinya,
Norliza pula rakan sebelahnya,
asyik berangan nak jadi tentera udara.

Buat kerja slow and steady,
Kairudin Latif empunya diri,
niat dihati nak ganti Mokhtar Dahari,
bila bola datang diapun cabut lari.

Penjuru belakang penuh misteri,
bercita cita menjadi mukminah sejati,
Nor Haiwa nie.. suka berdiam diri,
tapi... diam diam ubi berisi.

Dari jelapang padi berkelana ke mari,
Mohd Fadli memang agresif,
orangnya tinggi garang sekali,
walaupun serius tetapi baik hati.

Sha dan Iena dua sekawan,
kesana kemari selalu berteman,
Eh! apa pula yang direnungkan,
Ah! fikir nak bina kilang belacan.

Orang lembut beraksi manja,
Norizan Simbok suka membaca,
Morliyati Ismail suka bertanya,
pelajaran sastera paling disukai.

Kipas berpusing tak kira masa,
Roslina di bawah menjadi mangsa,
bila panas tu, syok juga,
member lain menjeling memendam rasa.

Seniwati Sarimah gelaran diberi,
bakat terpendam sukar dicari,
bila disoal, cepat cepat berdiri,
tapi jawapannya... belum tentu lagi.

Beginilah kisah putera dan puteri,
masing masing berlagak sendiri,
diluar sahaja nampak begini,
tapi semuanya takut mati.

Villa 5A1 penuh misteri,
banyak tragedi menyayat hati,
tetap dikenang memory ini,
walaupun menambah luka di hati.

Terguris tangan nampak berdarah,
Terluka di hati pendamkan saja,
We buat ni.. you all jangan marah,
inilah satu satunya kenangan kita.

Bertegur, bergurau dan study tiap hari,
selama lima tahun kita bersahabat,
kalau ada jodoh kita bertemu lagi,
kalau tidak ada apa nak buat.

Tamatlah sudah rentak dan irama kami,
agar menjadi kenangan abadi,
salah dan silap harap dimaafi,
moga semuanya diberkati Ilahi,
SPM 90' kejayaan pasti diperolehi,
ketemu lagi dilain kali.......

diterbitkan dalam Majalah Kelas LAS - 1990

pohpaleh.... letih tangan kawe nak taip menate nih. Bapok panjang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.