BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Tuesday, October 13, 2009

Signal ooooo signal


Saya telah memandu kenderaan sejak berbelas tahun. Dari dulu hinggalah sekarang signal memang sedia terpasang pada setiap kenderaan. Tak kiralah apa kenderaan sekalipun baik motosikal hinggalah lori dan bas. Setiap kenderaan mesti ada etika pemanduan yang tersendiri.
Lampu brek berwarna merah, lampu undur kebiasaannya berwarna putih dan signal berwarna kuning. Itu yang termaktub dalam pemikiran pemandu yang berhemah dan berdisiplin.
Tapi alaf ini zaman teknologi dan citarasa pun turut berubah. Mencari kelainan adalah satu kemestian pada zaman sekarang tanpa ia menyedari telah menyusahkan segelintir pemandu. Apa yang saya turut terkilan adalah signal pun turut di tukar kepada merah hingga menyukarkan pemandu di belakang untuk meneka apakah kenderaan di depan mahu membelok atau membrek kenderaan.
Ini pernah saya alami ketika memandu dari Kota Bharu ke Kuantan. Sebuah kenderaan di hadapan saya bersignal merah cuba untuk membelok masuk ke simpang dan nasib baik saya sedari bahawa kenderaan tersebut cuba untuk membelok, sebaliknya kenderaan di belakang saya tidak menyedari kerana pada pandangannya mungkin kenderaan dihadapan saya brek untuk memperlahankan kenderaan. (yelah signal warna merah… ingatkan nak brek)Lalu beliau cuba untuk memintas saya dan kenderaan di hadapan saya. Tiba tiba …… jeng jeng.. jeng… kenderaan hadapan saya membelok ke kanan dan kereta yang cuba memintas saya secara tiba tiba juga membrek secara mengejut dan berjalan seiring dengan saya. Nasib sempat brek……….
Saya pun terfikir kalau sekiranya kenderaan tadi ditakdirkan berlanggar, bagaimana dengan nasib saya? Pemandu dihadapan? dan kenderaan yang cuba memintas? dan kenderaan di belakang saya?. SIAPA YANG HARUS DISALAHKAN? Adakah mereka dan keluarga mereka?...
Kerajaan telah melancarkan berbagai kempen dan operasi namun masih lagi ada segelintir yang tidak mengendahkan saranan dan nasihat pihak berkuasa.

** saya tidak pasti samada lampu signal berwarna merah dibenarkan oleh JPJ, tapi yang pasti ia bakal menyusahkan pemandu lain.

p/s – sekadar renungan dan tidak berniat untuk menyinggung mana mana pemandu.
Masing masing mempunyai alasan tersendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.