BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Monday, October 12, 2009

Suatu Senja Di Tepi Laut

Pada petang itu aku mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran setelah seharian aku membuat kerja-kerja rumah dan juga mentelaah buku pelajaran yang sangat aku sayangi. Aku selalu berehat ditepi pantai yang berada tidak jauh dari rumahku. Di pantai itulah aku selalu menenangkan fikiranku kerana udaranya yang bersih dan aku dapat melihat keindahan laut ciptaan yag maha Esa.
Aku pergi bersama-sama sahabatku Habibah. Habibahlah yang sering menemaniku apabila aku meminta dia menemaniku untuk pergi ke pantai ini.” Leza, mengapa kau asyik termenung saja”, tanya Bibah kepadaku. Aku hanya menggelengkan kepala dan tersenyum hambar. “Mari kita pergi bermain-main di tepi pantai” Bibah mengajak aku. “ Kau sajalah yang pergi Bibah, biiarkan aku di sini”, kataku.
Aku duduk sendirian di bawah sepohon pokok yang rendang. Aku tersenyum sendiri melihat Bibah berlari-lari anak di pinggiran pantai sambil ketawa keriangan. Aku mengelamun sendirian mengingati kisah-kisah silam yang telah jauh aku tinggalkan. Aku masih teringatkan pada suatu peristiwa yang kini masih lagi terbayang-bayang di ruang mataku. Bagaimana seorang insane yang aku sayangi telah pergi menyahut seruan Ilahi. Perginya tidak kembali lagi. Yaa… dialah kakakku. Aku terlalu mengasihaninya bukan hanya disebabkan kami mempunyai pertalian darah, tetapi….. dia merupakan seorang kakak yang pengasih dan penyayang. Aku masih ingat suatu hari, aku telah diajak oleh kakakku Sarinah untuk bersiar-siar di tepi pantai setelah seharian bekerja keras. Kakak tidak pernah lokek dengan senyuman walau dengan sesiapa saja. Di bibirnya selalu mengukirkan kuntum-kuntum senyuman biarpun di dalam kedukaan. Aku seringkali mengajukan pertanyaan kepadanya apabila kulihat riak-riak perubahan menguliti wajahnya. Tetapi kakak hanya menjawab, “kakak taka apa-apa, kak sihat”, jawab kakakku. Itulah jawapan yang sering dikeluarkan padaku. Hakikatnya aku terima walaupun jawapan itu tidak memuaskan hatiku.
Pada suatu petang yang mendung dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa lalu kakak mengajak aku bermain di pergigian ombak. Setelah puas bermain, kami mengumpul kulit-kulit kerang dan siput dan kami berehat sebentar. Kakak mengajak aku mandi di laut. Dia segera berlari-lari anak menuju ke gigi air dengan penuh kegembiraan. Kakak berenang-renang keriangan, tanpa disedari tiba-tiba gulungan ombak yang besar menerjah ke arah kami. Aku menjerit memanggil kakakku supaya menuju ke tepi pantai tetapi…… sudah terlambat. Cuma sekali aku terpandang lambaian yang sayu dan hilang ditelan ombak. Aku menjadi kaget, tidak dapat berbuat apa-apa. Setelah sedar aku menangis dan meraung sekuat-kuat hatiku. Duniaku rasakan gelap. Tragedi yang ngeri itu telah meragut nyawa kakak kesayanganku. Oh Tuhan, mengapa kau pisahkan aku darinya bisik hatiku sendirian. Tanpa aku sedari, air mataku mengalir membasahi pipi.
“Leza, kau menangis” aku tersentak dengan teguran Bibah. Aku tidak menyedari kedatangan Bibah, tiba-tiba sahaja ia berada di sisiku.
“Tidak Bibah, aku tidak menangis” aku cuba membohongi kawanku itu.
“Marilah kita balik Leza, hari dah petang ni”. Bibah mengajakku pulang.
Dengan perasaan yang berat, aku pun meninggalkan tempat itu.

Karya : Leeza Rahman
diterbitkan dalam Majalah Kelas LAS SMDMM – 1990

p/s : Masih lagi tercari cari siapakah nama sebenar di sebalik samaran ini.
Tuan punya diri menjelmalah didalam blog ku ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.