Raya lagi ke......? hari ni 14 syawal 1430. Dah dua minggu kita beraya sakan. Sampai ada yang dah tak terdaya nak berjalan ke sana sini untuk memenuhi undangan rumah terbuka. Syukur kerana kita masih lagi dikurniakan rezeki untuk menerima undangan dan jangan lupa pula untuk membuat undangan bagi memeriahkan bulan Syawal ini.
Esok saya akan menerima kehadiran kawan kawan lama semasa bekerja di sebuah institusi kewangan. Walaupun telah lama tidak berkongsi suka duka semasa bekerja namun masih lagi ada yang mengingati dan ingin berkunjung ke rumah. (rasanya sejak tahun 2005 *terima kasih kerana masih lagi ingat pada saya*)
Segala juadah untuk dihidangkan pada esok hari telahpun dan sedang disediakan oleh isteri saya dirumah. Seorang isteri yang penyabar dan tidak pernah mengomel walaupun diri keletihan.
Apapun kemeriahan raya ini harus diteruskan. Janganlah hanya di bulan Syawal sahaja kerana kunjung mengunjung sudah menjadi satu cara hidup kita. Yang jauh harus didekatkan, yang dekat harus dieratkan. Semoga silaturrahim antara kita terus berkekalan hingga ke akhir hayat.
Bermaaf maafanlah sementara hayat masih ada. Sekiranya ada terkasar bahasa, perlakuan, mohon ampun sesama kita.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.