BUAT SAHABAT

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah. Hubungan Yang Telah Terjalin Tidak Akan Berubah Sekiranya Antara Kita Saling Ingat Mengingati. Mungkin Sekarang Kita Jarang Bertemu Lantaran Tuntutan Kehidupan, Namun Persahabatan Yang Terjalin Jangan Sesekali Kita Lupakan.
Sekiranya Anda Melewati Blog Ini, Kirim Kirimkanlah Pesanan Semoga Kita Dapat Bersua Dan Menikmati Hari Tua Yang Ceria.
HAHAHAHA...... tua yang ceria........

Monday, October 12, 2009

Teman




Anak sepupu kepada Anida merangkap anak saudara saya. hee..hee..hee..



Kali ni saya paparkan pula karya Anidatul Akma. Kali terakhir saya berjumpa dengannya semasa bertandang ke rumah adik ipar saya di Panching Selatan. Kalau tak silap tahun 2004. Kebetulannya beliau adalah sepupu kepada adik ipar saya. Dan selepas itu adalah sekali saya beraya dirumahnya tapi tidak ingat pada tahun berapa. Rasanya dah lama tak berjumpa dengannya. Sekarang bekerja di pejabat SUK Negeri. Suami si nida ni baik juga orangnya,peramah. Shahrul kadang kadang ada juga menghubungi saya bertanya tentang kereta. Maklumlah pada masa tu saya ni agen jualan kereta.Tu lama punya ceritalah.....

Datangmu kunanti
Hilangmu ku cari
Pergimu kurestui
dengan rela hati…..

Teman…..
Walaupun kini kau tiada lagi
segala budi baikmu ku ingati
semoga tuhan merestui
selama penghidupanmu di bumi ini…..

Teman…..
Kini aku kesepian
Tanpa hilai tawamu….. teman
walaupun kau hilang dari pandangan
Namun bagaikan terngiang-ngiang kedengaran
Semoga Tuhan mencucuri rahmat
Ke atas rohmu….. teman

Hasil nukilan : Jhobot & Khomot
diterbitkan dalam Majalah Kelas LAS SMDMM – 1990

Emmm...macamanalah dia dapat idea nak bubuh nama tu? pening dok mikir.
Itulah yang syok dengan diaorang ni. Idea tak terpikir dek akal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.